Live Streaming UD Castellonense vs JDT Pre Season 2024

Selepas beberapa hari berehat, skuad Johor Darul Ta’zim meneruskan lagi perlawanan pre season dan kali pertemuan UD Castellonense vs JDT pula akan berlangsung.

Seperti yang dijadualkan sebelum ini, perlawanan untuk kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 22 April, Isnin waktu tempatan. Tetapi di Malaysia adalah pada 23 April 2024, iaitu pada pagi Selasa.

ud castellonense vs jdt

Kali ini, anak-anak buah Hector Bidoglio akan berdepan dengan wakil kelab divisyen 5 iaitu UD Castellonense bertempat di Stadium Olimpic Camilo Cano.

Jika dilihat kembali, setakat dua perlawanan sudah, JDT masih berada dalam landasan yang baik apabila meraih kemenangan bagi perlawanan-perlawanan tersebut.

Perlawanan pertama adalah bertemu Real Murcia CF, dimana JDT menang dengan jaringan 3-0. Kemudian berdepan dengan CF La Nucia juga meraih kemenangan dengan jaringan 3-1.

Untuk rekod, siangan liga masih lagi berlangsung dengan berbaki empat perlawanan lagi. Setakat ini, UD Castellonense yang bermain dalam group 6 berada di kedudukan ke-9 dengan 38 mata.

Jadi waktu rehat ini, pastinya akan digunakan oleh wakil kelab Spain tersebut untuk mencari rentak permainan dan menjadikannya lebih mentap ketika bertemu dengan JDT nanti.

Siaran Langsung UD Castellonense vs JDT – Live Streaming

Untuk kempen preseason JDT selama berada di bumi Spain ini, tiada pengumuman tayangan siaran langsung di kaca tv sama ada daripada pihak Astro mahupun RTM. Termasuk juga dari pihak tuan rumah.

Manakala untuk live streaming, sekiranya ada, mungkin hanya daripada pihak ketiga dan bukan secara rasmi. Untuk hightlight, boleh saksikan di page Johor Southern Tigers.

play button

Live Streaming

Saksikan acara sukan secara live streaming disini

Keputusan Terkini

Ini merupakan keputusan perlawanan antara UD Castellonense vs JDT yang berlangsung pada 23 April 2024, Selasa dengan waktu sepak mula pada pagi mengikut waktu Malaysia

UD Castellonense vs JDT

Masa : 2.00 am
Venue : Stadium Olimpic Camilo Cano
TV : Tiada
Live Streaming : akan dikemaskini

Leave a Comment