Siaran Langsung Live Real Murcia vs JDT Perlawanan Pre Season 2024

Perlawanan pertama pre season 2024 adalah mempertemukan Real Murcia vs JDT dimana akan berlangsung pada 17 April 2024 bertempat di Stadium Nueva Condomina.

Persediaan awal untuk menghadapi musim baru Liga Super itu perlu. Jadi setiap pasukan termasuklah JDT pastinya akan mengadapan beberapa siri perlawanan selepas ini.

Dalam tempoh dua minggu ini, JDT akan berkampung di bumi Sepanyol untuk memperkuatkan pasukan berdepan dengan tujuh pasukan kesemuanya.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024 JDT Di Sepanyol

real murcia vs jdt

Untuk perlawanan pertama, Johor Darul Ta’zim akan berhadapan dengan pasukan divisyen 3 iaitu Real Murcia CF. Untuk rekod, ini adalah pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pasukan.

Saingan Primera Federation masih lagi berlangsung. Setakat 32 perlawanan dalam group 2, Real Murcia kini berada di tempat ketujuh dengan mengumpul sebanyak 50 mata.

Kelab tersebut juga pernah bermain beberapa kali di divisyen 1 sebelum-sebelum ini sebaris dengan pasukan besar seperti Real Madrid dan Barcelona.

Real Murcia vs JDT pastinya menjadi antara perlawanan menarik sepanjang pre season match ini disamping perlawan-perlawanan lain.

Siaran Langsung Real Murcia vs JDT – Live Streaming

Untuk info, semua perlawanan persahabantan antarabangsa kelab pra musim 2024 ini dilangsung secara tertutup dan tanpa kehadiran penyokong.

Oleh itu, pastinya tiada tayangan siaran langsung di kaca tv sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM termasuk juga di penyiaran tempatan.

Sekiranya ada, hanyalah tayangan secara live streaming daripada pihak ketiga. Jika ada link berkaitan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan Terkini

Disini anda boleh dapatkan keputusan perlawanan antara Real Murcia vs JDT yang mana akan berlangsung pada 17 April 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.

FT : Real Murcia (0) – (3) JDT

  • Jalil ElĂ­as 3′
  • Arif Aiman 14′
  • Francisco Geraldes 72′

Masa : 6.00 pm *waktu Malaysia
Venue : Stadium Nueva Condomina
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : (akan dikemaskini)

Leave a Comment