Jadual Dan Keputusan Piala Asia B23 & Carta Kedudukan Malaysia

Kejohanan Piala Asia B23 tahun 2024 atau 2024 AFC U23 Asian Cup merupakan edisi ke-6 untuk tahun ini yang mana melibatkan pasukan kebangsaan pemain umur bawah 23 tahun.

Kejohanan ini bakal berlangsung dari 15 April hingga 3 Mei 2024 bertempat di Qatar. Jika sebelum ini, disini jugalah berlangsungnya Piala Asia untuk skuad senior dan kini giliran untuk skuad junior pula.

Sebanyak 16 pasukan yang akan bersaing dalam kejohanan kali ini. Selain itu, Piala Asia B23 ini juga turut menjadi perlawanan kelayakan bagi sukan Olimpik 2024 untuk zon Asia. Tiga pasukan terbaik kejohanan akan layak secara automatik.

Malaysia Diundi Dalam Kumpulan D

Daripada 16 pasukan bertanding, kesemuanya dibahagikan dalam 4 kumpulan. Skuad Harimau Muda telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bermula dengan pusingan suku akhir. Pencapaian terbaik Malaysia B23 adalah di peringkat suku akhir pada edisi 2018.

Senarai Pasukan Yang Layak Bermain Di Piala Asia B23 Tahun 2024

pasukan piala asia b23
1. Qatar5. Jepun9. Thailand13. Kuwait
2. Jordan6. Uzbekistan10. Australia14. Tajikistan
3. Korea Selatan7. Iran11. Arab Saudi15. China
4. Vietnam8. UAE12. Indonesia16. Malaysia

Senarai Juara Piala Asia B23 Sebelumnya

2013 – Iraq

2016 – Jepun

2018 – Uzbekistan

2020 – Korea Selatan

2022 – Arab Saudi

Siaran Langsung Piala Asia B23 Tahun 2024 – Live Streaming

Jika sebelum ini dalam Piala Asia 2023, peminat bola sepak tanah air boleh saksikan kejohanan tersebut menerusi dua saluran atau penyiar rasmi iaitu menerui Astro dan RTM.

Tetapi untuk kejohanan AFC U-23 Asian Cup 2024 kali ini, tiada tayangan rasmi dibuat oleh RTM, tetapi sebaliknya hanya ditayangkan di Astro untuk kesemua perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia.

Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua 32 perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan Arena Bola 2 804 serta tayangan secara online di Astro Go. Seperti biasa, boleh juga layan live streaming di Sooka.

Jadual & Keputusan Perlawanan Piala Asia B23 Tahun 2024

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan dalam saingan Piala Asia B23 tahun 2024 kali ini beserta keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

[Peringkat Kumpulan]

15 April 2024 (Isnin)

FT : Australia (0) – (0) Jordan – 9.00 malam
FT : Qatar (2) – (0) Indonesia – 11.30 malam

16 April 2024 (Selasa)

FT : Jepun (1) – (0) China – 9.00 malam
FT : Korea (1) – (0) UAE – 11.30 malam
FT : Iraq (0) – (2) Thailand – 11.30 malam

17 April 2024 (Rabu)

FT : Arab Saudi (4) – (2) Tajikistan – 2.00 pagi
FT : Uzbekistan (2) – (0) Malaysia – 9.00 malam
FT : Vietnam (3) – (1) Kuwait – 11.30 malam

18 April 2024 (Khamis)

FT : Indonesia (1) – (0) Australia – 9.00 malam
FT : Jordan (1) – (2) Qatar – 11.30 malam

19 April 2024 (Jumaat)

FT : China (0) – (2) Korea – 9.00 malam
FT : UAE (0) – (2) Jepun – 11.30 malam
FT : Thailand (0) – (5) Arab Saudi – 11.30 malam

20 April 2024 (Sabtu)

FT : Tajikistan (2) – (4) Iraq – 2.00 pagi
FT : Malaysia (0) – (2) Vietnam – 9.00 malam
FT : Kuwait (0) – (5) Uzbekistan – 11.30 malam

21 April 2024 (Ahad)

FT : Jordan (1) – (4) Indonesia – 11.30 malam
FT : Qatar (0) – (0) Australia – 11.30 malam

22 April 2024 (Isnin)

FT : UAE (1) – (2) China – 9.00 malam
FT : Jepun (0) – (1) Korea – 9.00 malam
FT : Arab Saudi (1) – (2) Iraq – 11.30 malam
FT : Thailand (0) – (1) Tajikistan – 11.30 malam

23 April 2024 (Selasa)

FT : Uzbekistan (3) – (0) Vietnam – 11.30 malam
FT : Kuwait (2) – (1) Malaysia – 11.30 malam

[Suku Akhir]

25 April 2024 (Khamis)

AET : Qatar (2) – (4) Jepun – 10.00 malam

26 April 2024 (Jumaat)

AET : Korea (2) – (2) Indonesia [Pen: 10-11] – 1.30 pagi
FT : Uzbekistan (2) – (0) Arab Saudi – 10.00 malam

27 April 2024 (Sabtu)

FT : Iraq (1) – (0) Vietnam – 1.30 pagi

[Separuh Akhir]

29 April 2024 (Isnin)

Indonesia vs Uzbekistan – 10.00 malam

30 April 2024 (Selasa)

Jepun vs Iraq – 1.30 pagi

[Tempat Ke-3]

2 Mei 2024 (Khamis)

TBD vs TBD – 11.30 malam

[Final]

3 Mei 2024 (Jumaat)

TBD vs TBD – 11.30 malam

Carta Kedudukan Malaysia

PasukanPWDLFAGDPTS
Uzbekistan*3300100109
Vietnam*32015416
Kuwait310239-63
Malaysia300316-50
*Uzbekistan dan Vietnam layak ke peringkat suku akhir

Leave a Comment