Jadual & Keputusan Badminton Lee Zii Jia Piala Thomas 2024 Hari Ini

Anda boleh dapatkan jadual penuh perlawanan yang melibatkan pemain no. 1 negara Lee Zii Jia yang beraksi dalam kejohanan Piala Thomas 2024 dari 27 April hingga 5 Mei 2024 bertempat di Chengdu, China.

Dalam kejohanan dwi-tahunan Thomas Cup ini, Lee Zii Jia pastinya akan beraksi dalam kategori perseorangan lelaki dimana akan mewakili negara bersama rakan-rakan yang lain sepanjang kejohanan.

Ini merupakan kejohanan kelapan yang disertai oleh beliau sepanjang tahun 2024 yang mana melibatkan beberapa siri kejohanan BWF World Tour disamping acara besar seperti Badminton Asia.

lee zii jia

Siaran Langsung Perlawanan Lee Zii Jia Di Piala Thomas 2024

Dalam Thomas Cup 2024, pemain no.1 negara tersebut yang kini berada di rangking ke-10 dunia akan memulakan saingan di peringkat kumpulan bersama-sama Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Peminat badminton di tanah air, anda boleh saksikan kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2024 secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro serta disediakan juga di RTM.

BACA JUGA : Jadual & Keputusan Piala Thomas 2024 (Live)

Selain itu, orang ramai juga boleh tonton secara striming di youtube rasmi BWF https://www.youtube.com/@bwftv. Mungkin pengguna Malaysia perlukan sambungan VPN jika diperlukan.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan perlawanan badminton melibatkan pemain perseorangan lelaki negara tersebut sepanjang kejohanan Piala Thomas 2024 bermula daripada pusingan awal hingga seterusnya

Peringkat Kumpulan

27 April 2024 (Sabtu)

Lee Zii Jia (MAS) vs (HKG) Lee Cheuk Yiu – [21-18, 21-18]

28 April 2024 (Ahad)

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Leave a Comment