Piala Asia B23 : Kuwait vs Malaysia Siaran Langsung (Live Streaming)

Piala Asia B23 AFC 2024 kini sudah sampai ke penghujung bagi peringkat kumpulan dan kini bakal mempertemukan Kuwait vs Malaysia.

Ianya merupakan perlawanan ketiga bagi kumpulan D dimana akan berlangsung pada 23 April 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Meskipun kedua-dua pasukan ini telah pun tersingkir daripada saingan, perlawanan terakhir ini pastinya menjadi perlawanan penting bagi sekurang-kurangnya membawa pulang mata.

Kuwait tewas dua perlawanan awal ketika bertemu Vietnam dengan keputusan 3-1 dan seterusnya tumpas sekali lagi dengan Uzbekistan dengan jaringan 5-0.

Malaysia juga menerima nasib yang sama apabila tumpas 2-0 pada perlawanan pembukaan ketika bertemu Uzbekistan. Kemudian tewas sekali lagi dengan musuh tradisi, Vietnam juga dengan jaringan 2-0.

Kedua-dua pasukan dalam perlawanan Kuwait vs Malaysia ini pastinya inginkan satu keputusan positif sebelum berangkat pulang.

Kekecewaan daripada skuad Harimau Muda pastinya dapat diubati sedikit sekiranya mereka berjaya meraih kemenangan dalam pertemuan bertemu Kuwait nanti.

Sekiranya Malaysia menang atau seri, mereka akan mengakhiri kempen AFC Asian Cup U23 edisi 2024 ini ditempat ketiga dalam kumpulan D. Tapi jika tewas, mereka bakal terperusuk ke tempat terakhir dengan tanpa sebarang kemenangan.

Berbeza dengan Kuwait, skuad Malaysia B23 ini masih belum menjaringkan sebarang gol dalam kempen kali ini. Kuwait sekurang-kurangnya sudah peroleh 1 gol setakat ini.

Adakah anak-anak buah Juan Torres Garrido mampu untuk memberikan sesuatu untuk pasukan negara terutamanya peminat-peminat yang mengharapkan sesuatu keputusan positif pada perlawanan nanti?

kuwait vs malaysia

Siaran Langsung Kuwait vs Malaysia Piala Asia B23 Tahun 2024

Jadi sebelum pemain-pemain negara berangkat pulang, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini yang bakal dibawakan secara langsung ke kaca tv.

Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Untuk tontonan secara live streaming, boleh pergi ke portal Sooka atau menggunakan aplikasi mobile.

play button

Live Streaming

Saksikan acara sukan secara live streaming disini

Keputusan Terkini

Berikut merupakakan jadual perlawanan beserta keputusan bagi saingan Piala Asia B23 untuk kumpulan D antara Kuwait vs Malaysia yang berlangsung pada 23 April ini.

FT : Kuwait (2) – (1) Malaysia

  • Salman Al Awadhi 45’+14
  • Talal Al Qaisi 60′
  • Haqimi Azim 63′

Masa : 11.30 malam (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Al-Janoub
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Leave a Comment