Siaran Langsung Live Streaming Uzbekistan vs Malaysia Piala Asia B23 Tahun 2024

Perlawanan pembukaan kumpulan D Piala Asia B23 edisi 2024 melibatkan Uzbekistan vs Malaysia akan berlangsung pada 17 April 2024, hari Rabu bertempat Stadium Antarabangsa Khalifa.

Pasukan Malaysia U23 telah diundi bersama Uzbekistan U23, Vietnam U23 dan Kuwait U23 dalam kumpulan D dalam kempen AFC Asian Cup U23 kali ini.

BACA : Jadual Penuh Piala Asia B23 Tahun 2024

Uzbekistan sebagai bekas juara edisi 2018 yang lalu pastinya akan mencari kemenangan pertama untuk memberikan semangat kepada para pemain untuk terus ke peringkat seterusnya.

Ditambah pula, masing-masing kini cuba untuk mendapatakn slot automatik ke Olimpik Paris 2024 yang mana hanya tiga pasukan terbaik sahaja yang akan layak. Manakala pasukan keempat akan mengharungi perlawanan play-off.

uzbekistan vs malaysia

Jika dilihat aksi kedua-dua pasukan dalam tahun 2024 ini, Uzbekistan telah menang sekali dan seri sekali. Manakala Malaysia, menang, seri dan kalah sekali. Kesemuanya adalah menerusi perlawanan persahabatan.

Meskipun skuad Harimau Muda yang membabitkan pemain-pemain dibawah umur 23-tahun perlu berdepan dengan pasukan gergasi, pastinya mereka akan tetap memberikan saingan sehingga tiupan wisel akhir.

Sekiranya tidak mampu untuk menumpaskan pasukan Uzbekistan, sekurang-kurangnya berjaya curi 1 mata adalah kejayaan yang besar untuk pasukan.

Siaran Langsung Uzbekistan vs Malaysia Piala Asia B23 Tahun 2024

Sepanjang kempen Piala Asia B23 kali ini, orang ramai boleh saksikan setiap perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia yang dibawakan ke kaca tv.

Tayangan siaran langsung untuk perlawanan Uzbekistan vs Malaysia akan disiarkan menerusi saluran Astro di Astro Arena Bola 803 dan secara online live streaming di Sooka.

play button

Live Streaming

Saksikan acara sukan secara live streaming disini

Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan terkini Uzbekistan vs Malaysia dalam saingan Piala Asia B23 tahun 2024 yang berlangsung pada 17 April ini di Qatar.

FT : Uzbekistan B23 (2) – (0) Malaysia B23

  • Jasurbek Jaloliddinov 11′
  • Ulug’bek Khoshimov 83′

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Antarabangsa Khalifa
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Leave a Comment