Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam U23 Live Streaming Piala Asia B23 Tahun 2024

Kini tiba untuk perlawanan kedua kumpulan D dimana mempertemukan Malaysia vs Vietnam bagi kempen Piala Asia B23 AFC untuk tahun 2024.

Kedua-dua pasukan ini memiliki nasib yang berbeza pada perlawanan pembukaan sebelum ini dimana Malaysia tewas dan Vietnam menang keatas lawan masing-masing.

Dalam perlawanan pertama, dua kesilapan besar daripada pemain Harimau Muda sendiri apabila melepaskan dua gol mudah termasuklah jaringan penanti yang berkesudahan dengan jaringan 0-2 ketika bertemu Uzbekistan.

Untuk Vietnam, mereka berjaya menumpaskan Kuwait dengan jaringan 3-1 selepas salah seorang pemain Kuwait dilayankan kad merah dan semestinya memberi kelebihan kepada Vietnam.

Jadi kini giliran Malaysia pula untuk berhadapan dengan pasukan tersebut. Kesilapan lalu pastinya tidak sepatutnya berlaku sekali lagi sehingga menghadiahkan sepakan penalti.

Anak-anak buah Juan Torres Garrido pastinya inginkan kemenangan sulung bagi mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat kalah mati.

Jika dilihat pertemuan kali terakhir bagi kedua-dua pasukan bawah 23 tahun ini, kemenangan berpihak kepada Vietnam ketika bertemu dalam saingan AFF U22 pada edisi 2023.

malaysia vs vietnam u23

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam Piala Asia B23 Tahun 2024

Seperi biasa untuk kempen 2024 AFC Asian Cup U23 kali ini apabila perlawanan ini juga turut ditayangkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi Astro Arena Bola 803 dan live streaming di Sooka.

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air khususnya bagi pasukan Harimau Muda, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini nanti.

play button

Live Streaming

Saksikan acara sukan secara live streaming disini

Keputusan Terkini

Ini merupakan jadual dan keputusan terkini Malaysia vs Vietnam bagi pasukan bawah 23-tahun dalam saingan Piala Asia B23 AFC 2024 yang berlangsung pada 20 April 2024.

FT : Malaysia (0) – (2) Vietnam

  • Khuat Van Kang 39′
  • Vo Hoang Minh Khoa 60′

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kebangsaan Khalifa
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

*Malaysia U23 tersingkir daripada saingan Piala Asia B23

Leave a Comment