Live La Nucia vs JDT Siaran Langsung Pre Season 2024

Selesai satu perlawanan dan kini akan berlangsung lagi satu perlawanan iaitu antara CF La Nucia vs JDT dimana akan berlangsung pada 18 April 2024 bertempat di Stadium Olimpico Camilo Cano.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk Johor Darul Ta’zim dalam aturan pra musim tahun 2024 sepanjang berada di Sepanyol dimana keseluruhan sebanyak tujuh pasukan yang akan dihadapinya.

BACA : Jadual Penuh JDT Pre Season Di Spain Tahun 2024

Pada perlawanan pertama, 17 April yang lalu. JDT telah bertemu wakil divisyen 3 iaitu Real Murcia CF yang telah berlangsung di Stadium Nueva Condomina .

Dalam perlawanan tersebut, sepertinya tiada masalah untuk anak-anak buah Hector Bidoglio apabila menang keatas lawan dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh Jalil Elias pada seawal minit ke 3. Diikuti MFP 2023, Arif Aiman pada minit ke 14 dan disudahi dengan gol ketiga pada minit ke-72 oleh Francisco Geraldes.

Untuk lawan kali ini, CF La Nucia merupakan pasukan daripada divisyen 4. Mereka baru sahaja menamatkan saingan liga dimana memperlihatkan La Nucia berada di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 18 mata sahaja.

la nucia vs jdt

Siaran Langsung La Nucia vs JDT – Live Streaming

Seperti pada perlawanan sebelumnya, tiada tayangan siaran langsung dibuat sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM termasuklah daripada pihak tuan rumah.

Untuk live streaming pula, sekiranya ada, hanya daripada pihak ketiga sahaja. Jika ada link berkaitan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

play button

Live Streaming

Saksikan acara sukan secara live streaming disini

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan perlawanan antara CF Lu Nucia vs JDT yang berlangsung pada 18 April 2024, Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 11.00 pagi waktu tempatan.

FT : La Nucia (1) – (3) JDT

  • Cristian Martinez 8′
  • Oscar Arribas 26′, 73′
  • Nicolao Dumitru 37′

Masa : 5.00 pm (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Olimpico Camilo Cano
TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

Leave a Comment