Piala Sumbangsih 2024: Siaran Langsung JDT vs Selangor (Live Streaming)

Kehangatan Liga Super musim terbaru kini sudah dirasai apabila bakal berlangsung perlawanan pembuka tirai antara JDT vs Selangor yang merupakan Piala Sumbangsih untuk tahun 2024.

Seperti musim-musim sebelum ini, Piala Sumbangsih atau juga dikenali dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah merupakan perlawanan pertama Liga Super. Selain daripada merangkul trofi pertama, ianya juga perlawanan mecari mata liga.

Kali ini pertemuan antara JDT vs Selangor merupakan pertemuan antara Juara Liga Super 2023 iaitu gelaran untuk Johor Darul Ta’zim. Manakala Selangor adalah pasukan naib juara Liga Super pada musim yang sama.

Untuk rekod, sejak pertama kali dilangsungkan iaitu pada tahun 1985, JDT bersama pasukan Johor telah memanangi Piala Sumbangsih sebanyak 9 kali (JDT = 8 kali, Johor = 1 kali). Manakal Selangor telah memenangi sebanyak 8 kali.

Perlawanan ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tempatan terutamanya bagi penyokong kedua-dua pasukan. Sebagai penyandang juara, adakah JDT berjaya mempertahankannya, atau Selangor berjaya merampasnya kali ini?

Siaran Langsung JDT vs Selangor Di Piala Sumbangsih 2024 – Live Streaming

Untuk info, secara rasminya saingan Liga Super musim 2024/25 akan bermula pada 10 Mei 2024 menerusi perlawanan pembukaan antara JDT vs Selangor. Kemudian diikuti perlawanan lain pada hari berikutnya.

Untuk Piala Sumbangsih 2024, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Astro sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia, manakala RTM sebagai rakan penyiar.

Di Astro, anda boleh saksikan menerusi Astro Arena (saluran 801) dan Astro Arena Bola (803) serta secara online di Astro Go. Untuk live streaming, seperti biasa, boleh tonton di platform Sooka.

Untuk di RTM pula, anda boleh saksikan menerusi TV Okey (saluran Astro 146 & mytv 110). Manakala untuk live streaming, anda boleh menggunakan aplikasi RTM Klik yang boleh di strim secara percuma.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan terkini perlawanan Piala Sumbangsih 2024 dimana mempertemukan JDT vs Selangor yang berlangsung pada 10 Mei 2024, bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri

FT : JDT (3) – (0) Selangor

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Astro & RTM
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

*Perlawanan terpaksa dibatalkan dan JDT mendapat kemenangan secara walkover 3-0 sekali gus juara Piala Sumbangsih 2024/25 dan meraih 3 mata pertama

Leave a Comment