Jadual Perlawanan JDT Di Liga Super 2024/2025

Untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya pasukan Harimau Selatan, disini kami kongsikan kepada jadual perlawanan JDT mana akan beraksi dalam kancah Liga Super untuk musim terbaru 2024/2025.

Pasti ramai tidak sabar untuk menantikan setiap aksi daripada juara sedekad Liga Super ini ketika bertemu setiap pasukan yang bersaing untuk musim kali ini. Pastinya takhta liga akan terus dikejar dan dikekalkan untuk satu musim lagi di Johor.

Pasukan Johor Darul Ta’zim pastinya sudah bersedia daripada semua segi. Manakan tidak, mereka sudah berkelana lebih dua minggu di bumi Sepanyol bagi beraksi untuk pre-season. Semuanya kini sudah hampir sempurna.

Saingan Liga Super 2024/2025

Saingan Liga Malaysia kali ini berlaku banyak perubahan terutamanya bagi tempoh saingan Liga Super. Kali ini dengan mengikut kalendar AFC, Liga Super akan berlangsung untuk musim 2024/2025.

Selain itu, seperti yang diumumkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL), saingan kali ini hanya melibatkan 13 kela sahaja yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025 berbanding 14 pada musim lalu.

Dengan itu, jadual perlawanan setiap minggu akan ada satu pasukan yang tidak akan bersaing. Hanya berlangsung enam (6) perlawanan sahaja. Satu lagi pasukan yang tidak terlibat, akan berehat.

Seperti pada musim-musim lalu juga, Perlawanan Sumbangsih menjadi perlawanan pertama bagi pertandingan Liga Super. Selain gelaran juara, pasukan yang menang dalam tempoh 90 minit akan membawa pulang 3 mata.

Jadual Perlawanan JDT Di Liga Super 2024/2025

Pihak MFL telah mengeluarkan jadual pertandingan Liga Super 2024/2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) sahaja iaitu pusingan pertama. Manakala jadual pusingan kedua, akan dikemaskini selewat-lewatnya pada Ogos 2024.

Berikut merupakan jadual perlawanan JDT bagi setiap perlawanan seperti yang ditetapkan oleh pihak MFL.

  • 10 Mei 2024 (Jumaat) – JDT vs Selangor (Piala Sumbangsih)
  • 18 Mei 2024 (Sabtu) – JDT vs Negeri Sembilan
  • 25 Mei 2024 (Sabtu) – KL City vs JDT
  • 22 Jun 2024 (Sabtu) – JDT vs Sri Pahang
  • 13 Julai 2024 (Sabtu) – Sabah vs JDT
  • 26 Julai 2024 (Jumaat) – JDT vs Terengganu
  • 31 Julai 2024 (Rabu) – PDRM vs JDT
  • 9 Ogos 2024 (Jumaat) – JDT vs Kedah
  • 17 Ogos 2024 (Sabtu) – Perak vs JDT
  • 13 September 2024 (Jumaat) – JDT vs Penang
  • 22 Spetmber 2024 (Ahad) – Kelantan vs JDT
  • 27 September 2024 (Jumaat) – JDT vs Kuching
  • – Tiada Perlawanan –

Dapatkan jadual perlawanan Liga Super semua pasukan bertanding dalam saiz yang lebih besar disini.

Jadi inilah antara jadual perlawanan JDT untuk pusingan pertama dalam saingan Liga Super 2024/2025. Pusingan kedua, kami akan kemaskini selepas diumumkan oleh pihak MFL.

Leave a Comment