Jadual Perlawanan Sri Pahang Di Liga Super 2024/2025

Untuk semua peminat bola sepak tempatan, kami disini akan kongsikan kepada jadual perlawanan Sri Pahang yang mana akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024/2025 terbaru.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan musim terbaru ini terutamanya peminat dan penyokong pasukan Sri Pahang. Anda pasti mahukan melihat pasukan anda melakat kejayaan dalam saingan liga kali ini.

Untuk musim terbaru ini, pasukan Sri Pahang FC akan menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebagai venue tuan rumah (home ground), berikutan naik taraf padang yang berlaku di Stadium Darul Makmur.

Saingan Liga Super 2024/2025

Saingan Liga Malaysia kali ini berlaku banyak perubahan terutamanya bagi tempoh saingan Liga Super. Kali ini dengan mengikut kalendar AFC, Liga Super akan berlangsung untuk musim 2024/2025.

Selain itu, seperti yang diumumkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL), saingan kali ini hanya melibatkan 13 kela sahaja yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025 berbanding 14 pada musim lalu.

Dengan itu, jadual perlawanan setiap minggu akan ada satu pasukan yang tidak akan bersaing. Hanya berlangsung enam (6) perlawanan sahaja. Satu lagi pasukan yang tidak terlibat, akan berehat.

Seperti pada musim-musim lalu juga, Perlawanan Sumbangsih menjadi perlawanan pertama bagi pertandingan Liga Super. Selain gelaran juara, pasukan yang menang dalam tempoh 90 minit akan membawa pulang 3 mata.

Jadual Perlawanan Sri Pahang Di Liga Super 2024/2025

Pihak MFL telah mengeluarkan jadual pertandingan Liga Super 2024/2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) sahaja iaitu pusingan pertama. Manakala jadual pusingan kedua, akan dikemaskini selewat-lewatnya pada Ogos 2024.

Berikut merupakan jadual perlawanan Sri Pahang FC bagi setiap perlawanan seperti yang ditetapkan oleh pihak MFL.

  • 11 Mei 2024 (Sabtu) – Sri Pahang vs Kelantan Darul Naim
  • 19 Mei 2024 (Ahad) – Kuching City vs Sri Pahang
  • – Tiada Perlawanan –
  • 22 Jun 2024 (Sabtu) – JDT vs Sri Pahang
  • 13 Julai 2024 (Sabtu) – Sri Pahang vs Negeri Sembilan
  • 27 Julai 2024 (Sabt) – KL City vs Sri Pahang
  • 31 Julai 2024 (Rabu) – Sri Pahang vs Selangor
  • 9 Ogos 2024 (Jumaat) – Sri Pahang vs Sabah
  • 16 ogos 2024 (Jumaat) – Terengganu vs Sri Pahang
  • 15 September 2024 (Ahad) – Sri Pahang vs PDRM
  • 20 September 2024 (Jumaat) – Kedah Darul Aman vs Sri Pahang
  • 28 September 2024 (Ahad) – Sri Pahang vs Perak
  • 20 Oktober 2024 (Ahad) – Penang vs Sri Pahang

Dapatkan jadual perlawanan Liga Super semua pasukan bertanding dalam saiz yang lebih besar disini.

Jadi inilah antara jadual perlawanan Sri Pahang untuk pusingan pertama dalam saingan Liga Super 2024/2025. Pusingan kedua, kami akan kemaskini selepas diumumkan oleh pihak MFL.

Leave a Comment