Info Siaran Langsung Oman vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Yang ditunggu kini telah tiba. Perlawanan antara Oman vs Malaysia bakal berlangsung pada 22 Mac 2024, hari Jumaat jam 2.00 pagi bertempat di Muscat, Oman.

Selepas lebih sebulan skuad Harimau Malaya kali terakhir beraksi di atas padang iaitu menerusi kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar, kini mereka kembali untuk satu lagi misi penting.

oman vs malaysia

Pasukan bola sepak negara kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gon akan menghadapi dua perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini.

Pertemuan Oman vs Malaysia pada 22 Mac ini adalah perlawanan ketiga dalam kumpulan D yang mana sebelum ini, Malaysia telah bertemu Kyrgyzstan dan Chinese Taipei terlebih dahulu.

Tapi pada 26 Mac depan, kempen kelayakan ini akan ada satu lagi perlawanan iaitu perlawanan keempat dalam kumpulan, juga bertemu Oman tetapi akan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil pula.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan secara automatik layak ke Piala Asia 2027.

Ini pastinya menjadi pemangkin terbaik untuk pemain-pemain kembali beraksi di Asian Cup seperti pada edisi lalu, serta mara lebih jauh dalam world cup qualifiying.

Pertemuan H2H antara Oman vs Malaysia

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sesama sendiri sebanyak enam kali secara keseluruhannya. Daripada pertemuan tersebut, Malaysia menang 2 kali, seri sekali dan tewas sebanyak 3 kali.

Kali terakhir mereka beradu adalah pada tahun 2015 dalam Perlawanan Persahabatan dimana menyaksikan skuad Harimau Malaya yang dibarisi oleh sepenuhnya anak jati tewas 6 gol tanpa balas.

Mata Ranking FIFA Yang Diperoleh Dalam Perlawanan ini

Untuk perlawanan ini, sekiranya Malaysia menang, akan peroleh +16.98 mata dan kedudukan rangking akan berubah dari kedudukan 132 ketika ini kepada 128.

Jika meraih keputusan seri, akan dapat tambah +4.48 mata, juga naik ranking FIFA ke 130. Tetapi sekiranya tewas, akan tolak -8.02 mata dan turun ke kedudukan 135 dunia.

Siaran Langsung Perlawanan Oman vs Malaysia

Ini pastinya cabaran yang hebat untuk kedua-dua pasukan terutamanya pasukan pelawat apabila bermain dalam bulan Ramadan. Selain waktu malam, persiapan juga pastinya diteruskan pada waktu siang.

Jadi untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung, anda boleh terbang sendiri ke Muscat, atau lebih mudah anda boleh saksikan sahaja menerusi kaca tv yang mana akan disiarkan juga secara langsung.

Menerusi saluran Astro, anda boleh saksikan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. RTM juga bakal menyiarkan perlawanan ini secara langsung menerusi TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk tontonan secara live streaming, pengguna Astro boleh gunakan aplikasi Astro Go. Untuk saluran berbayar, boleh menggunakan Sooka. Untuk secara percuma, boleh menggunakan RTM Klik.

Selain itu, bagi memeriahkan suasana, kerajaan turut juga menyediakan beberapa lokasi terpilih seluruh negara untuk tayangan skrin besar. Jadi anda boleh datang beramai-ramai secara percuma disini.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang bakal berlangsung antara Oman vs Malaysia pada 22 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 2.00 pagi langsung daripada Muscat, Oman

FT : Oman (2) – (0) Malaysia

  • Issam Al-Sabhi 58′
  • Muhsen Al-Ghassani 88′

Masa : 2.00 pagi waktu Malaysia
Venue : Sultan Qaboos Sport Complex
Tayangan TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Leave a Comment