Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal Perlawanan Persahabatan 2024

Selesai dalam saingan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya akan meneruskan cabaran seterusnya dimana Malaysia vs Nepal terlebih dahulu akan berlangsung iaitu pada 15 Mac 2024 di venue yang akan ditetapkan.

Pertemuan ini merupakan persediaan awal bagi anak-anak buah Kim Pan Gon bagi beraksi dalam Peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berikutan tiada perlawanan kompetitif yang berlangsung ketika ini.

Liga Super bagi musim baru 2024/2025 hanya akan bermula pada Mei depan. Jadi dalam tempoh ini, pemain-pemain tiada aksi pemanas badan dan pastinya akan memberi kesan kepada mereka.

Disebabkan itulah, pihak FAM cuba untuk dapatkan satu perlawanan sekurang-kurangnya bagi persediaan sebelum pertandingan sebenar berlangsung pada Mac depan iaitu melibatkan dua perlawanan.

Dalam peringkat kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 terdekat, Malaysia akan bertemu Oman sebanyak dua kali iaitu pada 22 Mac 2024 yang mana akan berlangsung di Muscat. Manakala perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 26 Mac kemudiannya.

Jadi disebabkan itu, pemain-pemain Harimau Malaya perlu adakan satu perlawanan kompetitif secara persahabatan. Walaupun begitu, perlawanan Malaysia vs Nepal ini berlangsung di luar kalendar FIFA, jadi tiada mata ranking ditawarkan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2019 iaitu dalam perlawanan persahabatan tier 1 FIFA ketika dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe dimana Malaysia menang 2-0 berdepan Nepal.

malaysia vs nepal 2019

Siaran Langsung Malaysia vs Nepal Dalam Aksi Perlawanan Persahabatan

Setakat ini, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengumumkan tentang butiran perlawanan. Bila waktu dimainkan dan dimanakah ianya akan berlangsung. Tetapi ianya perlawanan tertutup sahaja.

Oleh itu, kemungkinan tiada tayangan siaran langsung yang dibuat di kaca tv. Akan tetapi perlawanan menentang Oman nanti, ianya akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena.

malaysia vs nepal

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Malaysia vs Nepal yang berlangsung pada 15 Mac 2024.

FT : Malaysia (5) – (1) Nepal

  • Darren Lok 31′ (P)
  • Stuart Wilkin 46′
  • Daniel Ting 48′
  • Sameer Tamang 68′
  • Mukhairi Ajmal 135′

*Perlawanan berlangsung selama 140 minit (4 half)

Masa : 10.00 Malam
Venue : Stadium Kuala Lumpur
TV : -Tiada-
Live Streaming : Tiada

Leave a Comment