Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Live Streaming AFC Asian Cup 2023

Cara tonton perlawanan Piala Asia antara Malaysia vs Jordan, tarikh dan waktu sepak mula serta tayangan siaran langsung dan live streaming.

Hari yang ditunggu kini tiba, apabila pasukan negara, Malaysia akan mulakan kempen AFC Asian Cup 2023 untuk peringkat kumpulan bertemu Jordan pada pagi Selasa, 16 Januari 2024 bertempat di Stadium Al Janoub.

Ini merupakan penampilan kali keempat skuad Harimau Malaya berada di pentas tertinggi Asia ini dan kali terakhir adalah pada tahun 2007 dimana ketika itu layak selaku tuan rumah bersama.

Walaupun begitu, kali ini pasukan negara hadir dengan keputusan yang baik apabila layak ke Piala Asia secara merit dan kali terakhir pencapaian tersebut berlaku pada 40 tahun yang lalu.

Edisi kali ini, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan da Bahrain. Meskipun perlu berhadapan dengan pasukan yang rangking lebih tinggi, itulah bukanlah alasan untuk tidak bagi yang terbaik.

Untuk rekod kedua-dua pasukan, Malaysia vs Jordan pernah berlangsung sebanyak lima kali. Setakat ini, Malaysia tidak pernah menang, seri dua kali dan tewas tiga kali.

Inilah peluang pasukan bimbingan Kim Pan Gon untuk menunjukkan sesuai di pentas tertinggi Asia ini siapakah yang lebih hebat.

Waktu Perlawanan Malaysia vs Jordan

  • Tarikh : 16 Januari 2024, Selasa
  • Waktu Sepak Mula : 1.30 Pagi
  • Venue : Stadium Al Janoub

Perlawanan ini akan dimainkan di Stadium Al Janoub pada pagi Selasa, 16 Januari 2024 dengan siaran langsung pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia 2023

Senarai Kesebelasan Utama Malaysia dan Jordan

pemain kesebelasan utama malaysia vs jordan

Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Jordan – TV & Live Streaming

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola 803. Jika terlepas, anda boleh saksikan sorotan perlawanan di youtube AFC Asian Cup.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan Malaysia vs Jordan secara percuma yang dibawakan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

BACA : Jadual Piala Asia 2023 Di RTM

Untuk menonton secara live streaming, anda boleh menggunakan platform Sooka atau menerusi RTM Klik yang juga tersedia secara percuma.

Bukan itu sahaja, sempena kejayaan pasukan negara layak ke Piala Asia 2023-2024, pihak KBS turut akan menyediakan tayangan skrin besar di lokasi terpilih seluruh negara.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan kumpulan E Piala Asia AFC Qatar 2023-2024 antara Malaysia vs Jordan. Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

FT : Malaysia (0) – (4) Jordan

  • Mahmoud Al Mardi 12′, 32′
  • Musa Al-Taamari 18′ (P), 85′

Tarikh : 16 Januari 2024 (Selasa)
Masa : 1.30 Pagi
Venue : Stadium Al Janoub
TV : Arena Bola, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Leave a Comment