Siaran Langsung Final Belanda vs Malaysia Hoki 5s World Cup Oman 2024

Pasukan hoki kebangsaa layak ke final FIH 5s World Cup Oman 2024 apabila bakal berlangsung Belanda vs Malaysia pada 1 Februari 2024, hari Khamis pada pukul 12.20 tengah malam waktu Malaysia.

Ini pastinya sebuah kejayaan yang memberangsangkan untuk skuad hoki negara. Jika sebelum ini, mereka gagal dalam kelayakan olimpik, kini mereka ‘comeback’ untuk kejohanan hoki 5 sebelah.

Hoki 5s World Cup 2024

Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana pula permainan hoki 5s ini? Macam mana tiba-tiba ada kejohanan untuk peringkat piala dunia pula tu kan.

Sebenarnya, ini merupakan edisi pertama untuk Piala Dunia Hoki 5s. Pertama kali diperkenalkan fomat permainan ini adalah pada tahun 2021 dan kini sudah memasuki kempen Piala Dunia.

Hoki 5s ini secara asasnya dimainkan secara 5 pemain bagi setiap pasukan termasuk penjaga gol. Selain itu, keluasan padang adalah lebih kecil.

Permainan hoki 5s ini lebih cepat berbanding hoki padang yang biasa kerana keluasan padang yang lebih kecil. Selain itu, pemain juga bebas untuk menjaringkan gol dalam mana-mana kawasan tanpa terhad.

Tidak seperti hoki padang yang bermain selama 60 minit, bagi hoki 5s ini hanya dimainkan selama 20 minit dan dibahagikan kepada dua bahagian, 10 minit setiap satu.

Pasukan yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol akan memenangi perlawanan ini sama seperti dalam format pertandingan hoki yang lain.

Edisi sulung Piala Dunia ini, Oman telah dipilih menjadi tuan rumah yang mana melibatkan 16 pasukan termasuk Malaysia.

Cabaran Malaysia dalam Piala Dunia Hoki 5s Oman 2024

Malaysia layak ke Hoki 5s Piala Dunia 2024 ini selepas berjaya dalam peringkat kelayakan zon Asia yang berlangsung pada tahun 2023 yang lalu.

Dalam kempen kali ini, skuad hoki kebangsaan telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama tuan rumah, Oman, Amerika Syarikat dan Fiji.

Sebanyak empat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan pada setiapnya. Hanya juara dan naib juara layak ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir.

Malaysia layak ke suku akhir apabila meraih tempat kedua dengan mengumpul 7 mata, sama seperti Oman.

Di pusingan suku akhir, Malaysia telah bertemu Trinidad & Tobago dan berjaya meraih kemenangan tipis 5-4 dalam tempoh 20 minit.

Kemudian, Malaysia bertemu Poland di semi final dan mendapat tentangan yang sengit daripada pihak lawan. Meskipun begitu, Malaysia berjaya memberi saingan dan sekali gus mara ke final selepas menumpaskan Poland dengan jaringan 3-2.

Tugas sukar untuk pasukan negara apabila bertemu Belanda (Netherland) yang setakat ini tidak pernah tewas dalam mana-mana saingan sejak daripada peringkat kumpulan.

Adakah Malaysia berjaya membawa pulang takhta Juara Dunia Hoki 5s di pusingan akhir dalam edisi sulung kali ini? Jangan lupa saksikan pada 1 Februari ini.

Siaran Langsung Belanda vs Malaysia – Hoki 5s World Cup 2024

Untuk kejohanan FIH Hockey5s World Cup Oman 2024, tiada siaran langsung yang dibawakan ke kaca tv sama ada menerusi penyiaran Astro mahupun RTM.

Tetapi untuk pusingan akhir ini, RTM telah menyediakan tayangan secara langsung iaitu menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh live streaming menerusi RTM Klik atau aplikasi Watch.Hockey dan melanggan pas satu kejohanan berharga RM22.90 sahaja.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan perlawanan final Hoki 5s Piala Dunia Oman 2024 antara Belanda vs Malaysia yang berlangsung pada 1 Februari 2024, hari Khamis ini.

FT : Belanda (5) – (2) Malaysia

Waktu : 12.20 Pagi waktu Malaysia
Tempat : Muscat, Oman
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Watch.Hockey

Leave a Comment