Info Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Kini giliran kita pula akan menerima kunjungan pasukan lawan apabila bakal berlangsung malaysia vs Oman pada 26 Mac 2024, hari Selasa ini, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini merupakan perlawanan keempat dalam kumpulan D bagi kelayakan piala dunia 2026/piala asia 2027 yang mana kali terakhir adalah ketika bertemu Oman juga.

Perlawanan sebelum ini adalah perlawanan terakhir untuk round 1, tiap pasukan telah bertemu sesama sendiri dimana juga melibatkan Chinese Taipei dan Kyrgyzstan.

Selamat tamat perlawanan ketika, Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia masing-masing telah mengumpul 6 mata tetapi hanya dibezakan dengan jumlah jaringan sahaja. Hanya Chinese Taipei yang masih belum berjaya mengumpul sebarang mata.

Jika Malaysia mampu untuk meraih 3 mata, mereka berpeluang untuk menduduki carta teratas atau setidak-tidaknya berjaya di tempat kedua.

Tapi jika dibandingkan dengan kedudukan rangking FIFA untuk kedua-dua pasukan, Oman yang kini berada di tangga ke-80 mempunyai kelebihan berbanding Malaysia di kedudukan ke-132 dunia.

Adakah Harimau Malaya mampu untuk cipta kejuta di halaman sendiri kali ini?

malaysia vs oman

Perlawanan Round 1 Untuk Kumpulan D

Pada perlawanan pertama, Malaysia telah bertemu Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga perlawanan pembukaan dimana Harimau Malaya berjaya mendapatkan 3 mata penting apabila menang 4-3.

Kemudian skuad bimbingan Kim Pan Gon terbang ke Taiwan untuk berhadapan dengan Chinese Taipei dalam perlawanan kedua. Juga meraih kemenangan dengan jaringan tipis 1-0.

Pada 22 Mac yang lalu ketika di Muscat, Malaysia kembali untuk perlawanan ketiga yang juga perlawanan terakhir untuk pusingan pertama tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 2-0.

Kini bakal memasuki Round 2 pula dimana mereka akan bertemu sesama sendiri kembali tetapi dengan venue berlawanan. Jika sebelum ini sebagai tuan rumah, kali ini mereka akan menjadi pasukan pelawat dan sebaliknya.

Jika sebelum ini, Oman menjadi tuan rumah, jadi kali ini untuk Round 2, giliran Malaysia pula akan melayan kunjungan pasukan pelawat di kandang keramat mereka di Bukit Jalil.

Pertemuan Head-to-Head – Malaysia vs Oman

Termasuk dalam perlawanan sebelum ini, pertemuan Malaysia vs Oman telah berlangsung sebanyak tujuh kali. Daripada tiga, kini Oman telah menang empat kali. Malaysia menang 2 kali dan masing-masing seri sekali.

Ini bakal menjadi pertembungan kali kelapan untuk kedua-dua pasukan. Adakah Malaysia mampu untuk melakar sejarah ke atas pasukan Arab tersebut dengan kemenangan kali ketiga? Atau akan terus dihimpit kekalahan?

Malaysia pastinya inginkan kemenangan ini bagi mencerahkan peluang untuk beraksi di peringkat seterusnya bagi kelayakan Piala Dunia 2026 dan seterusnya berjaya secara automatik untuk Piala Asia 2027.

Cara Beli Tiket Perlawanan

Jika sebelum ini bermain jauh daripada tanah air, kini ianya akan berlaku di depan mata pula. Pastinya pemain-pemain menagihkan sokongan yang padu daripada penyokong-penyokong.

Jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium nasional Bukit Jalil pada Selasa ini dan dapatkan tiket parlawanan Malaysia vs Oman yang kini sudah mula dijual menerusi laman web https://tickethotline.com.my/.

Malaysia vs Oman – Siaran Langsung & Live Streaming

Sebab bermain pada bulan Ramadan, waktu perlawanan sedikit lewat iaitu pada pukul 10.00 malam. Jadi lepas tarawih nanti, boleh saksikan beramai-ramai di depan tv kerana ada siaran langsung yang dibawakan kepada anda.

Saksikan Malaysia vs Oman menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara percuma menerusi RTM di saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan di tv, boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka secara langganan atau secara percuma di RTM Klik.

Selain itu, bagi memeriahkan suasana, kerajaan turut juga menyediakan beberapa lokasi terpilih seluruh negara untuk tayangan skrin besar. Jadi anda boleh datang beramai-ramai secara percuma disini.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang berlangsung antara Malaysia vs Oman pada 26 Mac 2024, hari Selasa, jam 10.00 pagi bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FT : Malaysia (0) – (2) Oman

  • Omar Al-Malki 45’+5 (P)
  • Mubarak Al-Ghafri 90’+4

Masa : 10.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

Leave a Comment