Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Jabatan Beliau & Sukan Negara (JBSN) telah mengumumkan akan mengadakan tayangan skrin besar bagi melibatkan pertembungan antara Malaysia vs Oman untuk kedua-dua perlawanan.

Skuad Harimau Malaya bimbingan ketua jurulatih Kim Pan Gon akan berhadapan Oman dalam perlawanan ketiga dan keempat bagi kumpulan D untuk sesi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Perlawanan pertama yang akan berlangsung di Muscat akan berlangsung pada 22 Mac 2024. Manakala perlawanan seterusnya akan diadakan pada 26 Mac selepas itu bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Seperti dalam kejohanan sebelum-sebelum ini, jika ada perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan, pihak JBSN akan mengadakan tayangan skrin besar.

Tidak terlepas untuk perlawanan kali ini meskipun ianya berlangsung pada tengah malam di bulan Ramadan. Acara ini tetap diadakan bagi memberikan suasana dan kemeriahan seperti menyokong pasukan di stadium.

Disinilah orang ramai boleh menonton dan menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan skuad Harimau Malaya berama-ramai. Boleh celebrate bersama-sama jika jaringan gol berlaku.

Orang ramai dijemput memeriahkan acara ini sambil menonton bola sepak. Sepertinya sebelum-sebelumnya juga, masuk adalah percuma. Boleh datang dengan kawan-kawan dan keluarga semua.

Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar – Oman vs Malaysia

Untuk perlawanan Oman vs Malaysia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini, sebanyak 16 lokasi di seluruh negara disediakan untuk tayangan skrin besar kali ini.

NegeriLokasi
Kuala LumpurDataran Merdeka
SelangorDataran Kemerdekaan Shah Alam
PutrajayaDataran Putrajaya, Presint 3
PerlisKompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
KedahKompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
Pulau PinangPadang Kota Lama, George Town
PerakBulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
Negeri SembilanKompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
MelakaDataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
JohorDataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
KelantanPoliteknik Kota Bharu
TerengganuAras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
PahangPadang MBK 1, Kuantan
SarawakDataran Perayaan, Kuching
SabahPadang Ragbi ERC, Bandar Utama, Sandakan
LabuanMuzium Marin Labuan
tayangan skrin besar malaysia vs oman

Jom ramai-ramai turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Sumber : JBSNegara

Leave a Comment