Live Streaming Malaysia vs Kyrgyzstan, Siaran Langsung 16.11.2023

Satu perlawanan akan berlangsung mempertemukan Malaysia vs Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam tempoh FIFA Days ini, skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan bagi saingan yang sama. Pertamanya berhadapan Kyrgyzstan dan seterusnya bertemu Chinese Taipei.

Ini merupakan perlawanan pembukaan bagi peringkat kedua saingan kelayakan ini. Ianya adalah laluan untuk ke FIFA World Cup dan juga AFC Asian Cup pada tahun yang ditetapkan.

Dalam saingan kelayakan ini, terdapat 36 pasukan Asia kesemuanya yang telah diundi dalam 9 kumpulan dimana terdiri daripada 4 pasukan setiap daripadanya.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Kyrgyzstan, Oman dan Chinese Taipei.

Juara dan naib juara akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Secara automatik juga, pasukan tersebut layak ke peringkat kumpulan Piala Asia 2027.

Malaysia yang kini menduduki tempat ke-137 dalam ranking FIFA akan berhadapan dengan Kyrgyzstan yang berkedudukan di tangga ke-97.

Pertemuan Terakhir

Pertemuan terakhir bagi kedua-dua pasukan adalah berlaku pada tahun 2018 dalam perlawanan persabahatan tier 1 dimana pasukan negara tumpas tipis 1-0 kepada pasukan pelawat.

Adakah Malaysia mampu mempergunakan kelebihan yang ada ketika bermain di halaman sendiri dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan kehadiran ekor Harimau Malaya sebagai pemangkin semangat.

Seperti yang diharapkan juga boleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon supaya ramai-ramai datang ke stadium dan berikan sokongan kepada para pemain yang beraksi di atas padang.

Selain daripada peroleh kejayaan, kemenangan malam tersebut juga amat penting bagi mendapatkan mata tambahan sekali gus mampu memperbaiki kedudukan rangkin FIFA.

Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Kyrgyzstan kelak. Keputusan terkini akan dikemaskini selepas tamat perlawanan

FT : Malaysia (4) vs (3) Kyrgyzstan

Dion Cools 7′, 77′
Zhyrgalbek 42′
Batyrkanov 44′
Merk 57′
Brauzman (GS) 72′
Faisal Halim 90’+3

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan

Untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platfrom Sooka sama menggunakan laman web atau aplikasi Sooka.

Dalam masa yang sama juga, pihak KBS ada menyediakan tayangan skrin besar di 16 lokasi terpilih seluruh Malaysia dan anda boleh datang beramai-ramai dengan tontonan secara percuma.

Leave a Comment