Live Streaming Chinese Taipei vs Malaysia, Info Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia

Skuad Harimau Malaya kini akan terbang ke Taiwan bagi menghadapi satu lagi perlawanan bagi peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kali ini adalah melibatkan pertemuan Chinese Taipei vs Malaysia dimana akan berlangsung pada 21 November 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Perbandaran Taipei.

Ini merupakan perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam Kumpulan D dalam saingan kelayakan kali ini. Sebelum ini bermain di Bukit Jalil, Malaysia menang 4-3 berdepan dengan Krygyzstan.

Manakala Chinese Taipei yang mana ketika itu bermain di Muscat berdepan Oman terpaksa akur dengan kekuatan pasukan tuan rumah apabila dibelasah 3 gol tanpa balas.

Kini kedua-dua pasukan ini akan bertemu sesama sendiri dan Chinese Taipei pula yang menjadi tuan rumah dengan melayan kunjungan skuad Harimau Malaya pada perlawanan kali ini.

Untuk perbandingan rangking FIFA, Malaysia sebelum kemaskini terbaru, berada di kedudukan ke-137, manakala Chinese Taipei di kedudukan lebih rendah iaitu di rangking 152.

Pertemuan Terakhir

Secara keseluruhan, Malaysia dan Chinese Taipei atau Taiwan pernah bertemu sebanyak 12 kali sejak tahun 1963. Sejak itu, Malaysia menang 6 kali, seri 2 kali dan kalah 4 kali.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 2018 dimana Malaysia tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa meskipun ketika itu bermain di halaman sendiri.

Untuk info juga, setakat ini, Malaysia belum pernah menang di tempat lawan. Kali ini sekali lagi, Malaysia akan bertandang di Taipei sebagai pasukan pelawat.

Adakah Malaysia mampu untuk memecahkan mencatatkan kemenangan pertama disana nanti? Atau badi tewas di tempat lawan akan terus menghantui skuad negara?

Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Chinese Taipei vs Malaysia pada 21 November 2023. Keputusan terkini juga akan dikemaskini disini selepas tamat perlawanan.

FT : Chinese Taipei (0) vs (1) Malaysia

Darren Lok 72′

Masa : 7.00 Malam
Venue : Stadium Perbandaran Taipei
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Jika anda bersemangat untuk menyaksikan perlawanan antara Chinese Taipei vs Malaysia ini, anda boleh pergi ke stadium dan beli tiket secara online menerusi tickets.udnunlife.com.

Tapi kalau rasa tak mampu untuk terbang ke Taiwan, jangan risau, perlawanan ini turut dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan online Astro Go.

Manakala bagi yang tidak mempunyai Astro, seperti biasa, boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Leave a Comment