Jadual Siaran Langsung JDT vs Chonburi Perlawanan Persahabatan 2024

Dua pasukan daripada liga utama bagi negara masing-masing akan mengadakan perlawanan persahabatan kelab iaitu antara JDT vs Chonburi FC dimana akan berlangsung pada 20 dan 22 Mac 2024.

Perlawanan ini berlangsung berikutan FIFA Day dalam kalendar yang telah ditetapkan antara 18 hingga 26 Mac 2024 dan pada waktu inilah akan berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA atau mana-mana kejohanan kompetitif.

Jadi pasukan kebangsaan Malaysia dan Thailand masing-masing akan mengharungi 2 perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk match ketiga dan keempat dalam kumpulan D dan kumpulan C.

Ketika ini, tidak akan berlangsung mana-mana perlawanan liga. Untuk Johor Darul Ta’zim, kini Liga Super masih belum bermula. Manakala untuk Chonburi FC, Thai League 1 akan berhenti seketika untuk FIFA Days.

Oleh sebab itu, Juara Liga Thailand tersebut membuat keputusan untuk adakan perlawanan persahabatan bertemu wakil Malaysia, iaitu JDT di Johor Bahru. Bertujuan untuk terus mengekalkan momentum pemain selepas liga disambung semula.

Sebelum ini, JDT juga telah menerima kunjungan satu lagi pasukan daripada Thai League 1 iaitu Police Tero dengan mengadakan 2 perlawanan juga. Masing-masing meraih kemenangan. Dalam perlawanan pertama, JDT 5-0 Police Tero. Manakala perlawanan kedua, JDT 2-3 Police Tero.

Siaran Langsung JDT vs Chonburi FC – Live Streaming

Untuk perlawanan bertemu Police Tero sebelum ini, ianya telah diadakan secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton. Jadi orang ramai hanya mengetahui keputusan selepas tamat perlawanan.

Setakat ini, perlawanan JDT vs Chonburi juga tidak diumumkan secara rasmi oleh pihak JDT sama ada ianya akan ditayangkan secara langsung. Jadi perlawanan ini turut juga akan diadakan secara tertutup dengan tanpa kehadiran penonton.

Jadual & Keputusan Terkini

Pertemuan antara JDT vs Chonburi FC akan berlangsung pada 20 Mac dan 22 Mac 2024 di dua venue berbeza iaitu di Stadium Pasir Gudang dan Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Disini akan disenaraikan jadual untuk kedua-dua perlawanan beserta keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa iaitu sejurus selepas tamat perlawanan.

20 Mac 2024 (Rabu) - Fulltime
JDT 1 2 Chonburi FC
22 Mac 2024 (Jumaat)
JDT 5 0 Chonburi FC

Leave a Comment