Jadual Siaran Langsung RTM Piala Asia AFC 2023 Waktu Malaysia

Di Malaysia, selain daripada Astro, RTM juga telah mendapat hak penyiar rasmi bagi kejohanan Piala Asia AFC 2023-2024 yang mana ianya akan bermula dari 12 Januari hingga 10 Februari 2023 yang berlangsung di Qatar.

Ini pastinya menjadi berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya yang tidak mempunyai akses Astro dan kini mampu untuk nikmati perlawanan bola sepak bertaraf dunia yang berlangsun hanya 4 tahun sekali ini.

BACA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia AFC Qatar 2023

Dengan adanya pilihan menerusi saluran RTM, orang ramai boleh menonton secara percuma dalam format High Definition (HD) tanpa perlu langganan. Jika di Astro, anda perlu langgan untuk menonton Piala Asia kali ini.

Walaubagaimanapun, bukan kesemua perlawanan akan disiarkan secara langsung di kaca tv, tetapi hanya melibatkan pasukan Malaysia sahaja. Selain itu, turut disiarkan perlawanan tertunda untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Edisi kali ini berbeza dengan sebelum-sebelumnya apabila Malaysia akan membuat penampilan selepas kali terakhir pada tahun 2009 selaku tuan rumah bersama. Kali ini, pasukan Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit.

Jadual Siaran langsung Di RTM Bagi Piala Asia AFC 2023

Menerusi saluran RTM, akan ditayangkan perlawanan melibatkan pasukan Malaysia secara langsung menerusi dua saluran iaitu TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, kalau tiada akses tv, anda boleh strim secara online di https://rtmklik.rtm.gov.my/ secara percuma.

Berikut merupakan jadual penuh siaran langsung yang akan ditayangkan di RTM iaitu hanya melibatkan perlawanan pasukan Malaysia sahaja di peringkat kumpulan.

Selasa, 16 Januari 2023

FT : Malaysia (0) – (4) Jordan

  • Mahmoud Al Mardi 12′, 32′
  • Musa Al-Taamari 18′ (P), 85′

Masa : 1.30 Pagi
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Sabtu, 20 Januari 2023

FT : Bahrain (1) – (0) Malaysia

  • Ali Madan 90+6′

Masa : 11.30 Malam
Venue : Stadium Jassim Bin Hamad
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Khamis, 25 Januari 2023

FT : Korea Selatan (3) – (3) Malaysia

Masa : 7.30 Malam
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Sabtu, 10 Februari 2023 [Final]

Jordan vs Qatar

Waktu : 11.00 Malam
Venue : Stadium Lusail
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Leave a Comment