Jadual Siaran Langsung Bahrain vs Malaysia AFC Asian Cup 2023

Perlawanan Bahrain vs Malaysia dalam kejohanan Piala Asia 2023 Qatar (AFC Asian Cup) akan berlangsung pada 20 Januari 2024, hari Sabtu pukul 10.30 malam waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk kedua-dua pasukan dalam kumpulan E apabila masing-masing telah mengharungi perlawanan pembukaan sebelum ini.

Pada perlawanan pertama, Bahrain telah dikejutkan dengan kehebatan The Tiger Of Asian, Korea Selatana apabila tumpas 3-1 dalam tempoh 90 minit.

Meskipun Bahrain cuba memberikan tentangan pada awal perlawanan, ternyata Korea Selatan bukan lawan yang mudah untuk ditundukkan terutamanya dalam kejohanan besar seperti Piala Asia.

Nasib tersebut ternyata bukan menimpa Bahrain sahaja, apabila Malaysia juga turut tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Jordan dengan jaringan 0-4.

BACA : Malaysia Tumpas 0-4 Kepada Jordan Dalam Aksi Pembukaan

Meskipun skuad Harimau Malaya bukan pasukan pilihan dalam kejohanan ini, rata-rata penyokong merasakan mereka mampu memberikan tentangan dalam saingan kali ini.

Tetapi harapan tersebut bertukar suram apabila Malaysia bolos 3 gol dalam tempoh 45 minit pertama. Diikuti dengan 1 gol lagi pada penghujung permainan.

Meskipun kita sedar kebarangkalian kekalahan itu pasti hadir, tetapi penyokong juga mengharapkan pasukan bimbingan Kim Pan Gon ini mampu untuk memberikan sesuatu.

Dengan tamparan hebat itu, ramai rakyat Malaysia memberikan pelbagai riaksi dan komentar di media sosial terutamanya. Ada yang negatif dan ada yang mahukan pemain-pemain untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya.

Apakah silap sebenarnya? Adakah percaturan KPG tidak menjadi pada malam tersebut? Adakah player gugup bermain di temasya tertinggi bola sepak Asia itu?

Diharapkan mereka mampu bangkit pada perlawanan menentang Bahrain. Tidak boleh tidak, mereka mesti menang untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat seterusnya.

Sejarah Pertemuan H2H – Bahrain vs Malaysia

Jika dibandingkan Bahrain dan Jordan, kedua-duanya mempunyai kedudukan ranking FIFA yang tidak jauh beza. Jordan di tempat ke-87 dan Bahrain di tangga ke-86 berbanding Malaysia di tempat ke-130.

Malaysia vs Bahrain telah berlaku sebanyak enam kali sebelum ini. Empat daripadanya dimenangi oleh Bahrain dan Malaysia tidak pernah menang dan hanya mampu seri dua kali.

Kali terakhir kedua-dua pasuakn ini bertemu adalah di Bukit Jalil pada tahun 2022 yang lalu iaitu dalam Kelayakan Piala Asia dimana Malaysia tewas tipis 1-2 dalam tempoh 90 minit.

Dengan segala rekod ini, adakah Malaysia mampu untuk ‘pecahkan telur’ dalam perlawanan kali ini bertemu Bahrain?

Adakah Kim Pan Gon sudah sedar dan akan mengatur strategi terbaik dengan menuruskan pemain-pemain yang betul kali ini? Semoga berjaya.

Siaran Langsung Bahrain vs Malaysia AFC Asian Cup 2024

Sama seperti pada perlawanan pertama dimana Bahrain vs Malaysia juga akan disiarkan secara langsung di kedua-dua syarikat penyiar rasmi Piala Asia 2023 iaitu Astro dan RTM.

Untuk tontonan di Astro, anda boleh saksikan menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803 serta secara online di Astro Go.

Manakala untuk tayangan di RTM, penonton boleh saksikan menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM pada hari perlawanan. Tak delay 15 minit tau.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh menggunakan aplikasi Sooka dengan langganan atau secara percuma menerusi RTM Klik di laman web atau aplikasi mobile.

Sekali lagi, perlawanan melibatkan pasukan Malaysia turut disediakan tayangan skrin besar di lokasi terpilih seluruh Malaysia termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Masih adalah percuma.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan Bahrain vs Malaysia dalam Piala Asia AFC 2023/2024 yang berlangsung pada 20 Januari 2024, hari Khamis.

*Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

FT : Bahrain (1) – (0) Malaysia

  • Ali Madan 90+6′

Waktu : 10.30 Malam
Venue : Stadium Jassim Bin Hamad
TV : Astro Arena, Arena Bola, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Link 1

Leave a Comment