Jadual Perlawanan Suku Akhir AFC Asian Cup 2023 Waktu Malaysia

Jadual perlawanan untuk peringkat Suku Akhir Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) bagi peringkat kalah mati akan bermula pada 2 dan 3 Februari 2023 dengan waktu sepak mula mengiktu waktu Malaysia.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Pusingan 16 Piala Asia 2023

Kini kita telah ketahui lapan pasukan yang berjaya mara dan meneruskan cabaran dalam kempen Piala Asia kali ini dan lapan pasukan lagi yang terpaksa meninggalkan Qatar selepas tewas.

Setiap pasukan kini sudah mengetahui lawan manakah yang mereka akan hadapi bermula daripada pusingan 16 terbaik lagi. Jadi persediaan pastinya sudah dibuat untuk mara ke pusingan yang lebih jauh.

Format pertandingan masih sama dalam peringkat kalah mati ini apabila pasukan yang berjaya menjaringkan gol lebih banyak, akan ke pusingan seterusnya.

Sekiranya tiada pemenang dalam tempoh 90 minit, perlawanan akan dilanjutkan dalam mata tambahan untuk 30 minit lagi. Sekiranya tetap tiada pemenang, terus dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir

Lapan pasukan yang berjaya mara ke pusingan Suku Akhir Piala Asia 2023 adalah Australia, Tajikistan, Jordan, Qatar, Uzbekistan, Korea Selatan, Jepun dan Iran.

Siaran Langsung Suku Akhi AFC Asian Cup Di Astro

Untuk yang masih mengikuti kempen Piala Asia kali ini, anda boleh saksikan perlawanan bola sepak untuk pusingan Suku Akhir ini menerusi saluran Astro Arena 801, Arena Bola 803-804 dan Astro Supersport 811-813.

Manakala untuk anda yang ingin menonton secara live streaming, boleh menggunakan aplikasi Astro Go atau menerusi platform Sooka. Tiada tayangan siaran langsung di penyiar RTM kecuali untuk sorotan perlawanan.

Jadual & Keputusan Quarter Final Asian Cup

2 Februari 2024, Jumaat

FT : Tajikistan (0) – (1) Jordan – 7.30 pm di Astro
AET : Australia (1) – (2) Korea Selatan – 11.30 pm di Astro

3 Februari 2024, Sabtu

FT : Iran (1) – (2) Jepun – 7.30 pm di Astro
AET : Qatar (1) – (1) Uzbekistan [Pen: 3-2] – 11.30 pm di Astro

Suku Akhir AFC Asian Cup 2023

Pemenang untuk pusingan suku akhir ini akan mara ke separuh akhir yang mana ianya dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Februari 2024 dan diikuti final pada 10 Februari depan.

Leave a Comment