Jadual Perlawanan Pusingan 16 Piala Asia 2023-2024 Waktu Malaysia

Dapatkan jadual perlawanan siaran langsung bagi Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) untuk peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik bermula dari 28 Januari hingga 1 Februari 2024 dengan waktu sepak mula mengikut waktu Malaysia.

Senarai pasukan untuk Pusingan 16 dalam kempen Piala Asia kali ini sudah diketahui dengan berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan pada 25 Januari yang lalu.

Mengikut format pertandingan, sebanyak 24 pasukan secara keseluruhan mengambil bahagian dalam kejohanan yang perlangsung di Qatar kali ini dan telah dibahagikan dalam enam kumpulan untuk peringkat kumpulan.

Setiap pasukan akan bertemu sesama sendiri dengan format round-robin. Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke pusingan 16.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia 2023

Selain daripada top two tersebut, ada empat lagi pasukan ketiga terbaik yang turut layak ke peringkat kalah mati dan bersaing di pusingan 16 terbaik.

Tuan rumah dan juga penyandang juara, Qatar menjadi pasukan pertama yang menempah slot ke peringkat kalah mati sebelum ini apabila menang dua perlawanan menentang Lubnan dan Tajikistan.

Bahrain, Korea Selatan, Jordan dan Thailand merupakan empat pasukan terakhir yang menempah tiket ke Round of 16.

Lebih menarik lagi, Indonesia, Tajikistan, Palestin dan Syria melakar sejarah tersendiri apabila layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama.

Senarai Pasukan Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia 2023

Pasukan yang berjaya mara ke Pusingan 16 adalah Tajikistan, UAE, Iraq, Jordan, Australia, Indonesia, Arab Saudi, Korea Selatan, Uzbekistan, Thailand, Qatar, Palestin, Bahrain, Jepun, Iran dan Syria.

Tayangan Siaran Langsung Di Astro

Untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan kesemua lapan perlawanan pusingan 16 di Asian Cup kali ini menerusi saluran Astro Arena 801, Arena Bola 803-804 dan Astro Supersport 811-813 serta live streaming di Astro Go dan Sooka. Tiada tayangan siaran langsung di saluran RTM.

Jadual & Keputusan Round Of 16 Asian Cup

28 Januari 2024, Ahad

FT : Australia (4) – (0) Indonesia – 7.30PM di Astro

29 Januari 2024, Isnin

AET : Tajikistan (1) – (1) UAE [Pen: 5-3] – 12.00AM di Astro
FT : Iraq (2) – (3) Jordan – 7.30PM di Astro

30 Januari 2024, Selasa

FT : Qatar (2) – (1) Palestin – 12.00AM di Astro
FT : Uzbekistan (2) – (1) Thailand – 7.30PM di Astro

31 Januari 2024, Rabu

AET : Arab Saudi (1) – (1) Korea Selatan [Pen : 2-4] – 12.00AM di Astro
FT : Bahrain (1) – (3) Jepun – 7.30PM di Astro

1 Februari 2024, Khamis

AET : Iran (1) – (1) Syria [Pen: 5-3] – 12.00AM di Astro

Jadual Perlawanan Pusingan 16 Piala Asia 2023-2024 Waktu Malaysia

Pemenang daripada pusingan 16 ini akan bersaing dan mara ke Suku Akhir yang dijadualkan bermula pada 2 Februari. Kemudian pusingan Separuh Akhir akan bermula pada 6 dan 7 Februari serta diikuti final yang dijadualkan pada 10 Februari 2024.

Leave a Comment