Jadual Perlawanan Piala Asia AFC 2023-2024 Waktu Malaysia

Setahun selepas penganjuran FIFA World Cup 2022, Qatar nampaknya sekali lagi akan berkepak sebagai tuan rumah dan kali ini di peringkat Asia pula menerusi Piala Asia AFC 2023 (AFC Asian Cup).

Sebanyak 24 pasukan yang layak dan bertanding bermula 12 Januari ini dengan bermula di Stadium Lusail yang sebelum ini menjadi lipatan sejarah apabila Lionel Messi buat pertama kali ini menjuarai Piala Dunia FIFA bersama Argentina.

Pengenalan Piala Asia AFC 2023

Pada awalnya, China bersetuju menjadi tuan rumah untuk edisi ke-18 kali ini yang dijadualkan berlangsung pada Jun dan Julai 2023. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa menarik diri di saat akhir berikutan pandemik yang berlaku.

Jadi pada tahun 2022, AFC mengumumkan Qatar sebagai tuan rumah yang baru disebabkan mereka baru sahaja menjadi tuan rumah Piala Dunia dan pastinya telah bersedia segala fasiliti untuk menjadi tuan rumah bagi peringkat Asia pula.

Disebabkan itu juga, tarikh kejohanan terpaksa di anjakkan sedikit iaitu ke Januari 2024. Piala Asia AFC 2023 akan berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Senarai Pasukan Dan Undian Peringkat Kumpulan

24 pasukan kini telah bersedia untuk mengejar satu gelaran juara dalam kejohanan ini kali ini. Tapi lebih bermakna apabila Malaysia berjaya mara ke kejohanan ini secara merit selepas lebih 40 tahun mencuba.

  • Group A: Qatar, China, Tajikistan, Lebanon
  • Group B: Australia, Uzbekistan, Syria, India
  • Group C: Iran, UAE, Palestin, Hong Kong
  • Group D: Jepun, Indonesia, Iraq, Vietnam
  • Group E: Korea Selatan, Malaysia, Jordan, Bahrain
  • Group F: Arab Saudi, Thailand, Kyrgyzstan, Oman

Dua pasukan teratas dan empat pasukan ketiga terbaik bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bermula pada pusingan 16 terbaik.

Jadual & Keputusan Perlawanan Piala Asia AFC 2023

Secara keseluruhan, sebanyak 51 perlawanan yang akan berlangsung sepanjang kejohanan; 36 perlawanan untuk peringkat kumpulan dan 15 perlawanan di peringkat kalah mati (pusingan 16, suku akhir, separuh akhir, final)

Untuk peminat bola sepak tanah air, perlawanan dalam kejohanan Piala Asia 2023 kali ini anda boleh saksikan di dua penyiar rasmi iaitu Astro dan RTM. Astro bawakan semua 51 perlawanan secara langsung. Manakal RTM akan bawakan semua siaran langsun melibatkan pasukan Malaysia dan beberapa perlawanan tertunda.

Di Astro, anda boleh tonton di saluran Astro Arena (801), Arena Bola (803-804) dan Astro Supersport (811-813). Selain itu, boleh juga strim di Astro Go. Untuk yang tiada Astro, boleh langgan menerusi aplikasi Sooka.

Untuk saluran RTM, anda boleh saksikan secara percuma menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Juga boleh strim secara online di https://rtmklik.rtm.gov.my/.

Disini kami kongsikan jadual penuh siaran langsung Piala Asia AFC 2023 mengikut tarikh dan waktu Malaysia. Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa sejurus selepas tamat perlawanan.

Peringkat Kumpulan

Sabtu, 13 Januari 2024
FT : Qatar (3) – (0) Lebanon – 12.00 am di Astro
FT : Australia (2) – (0) India – 7.30 pm di Astro
FT : China (0) – (0) Tajikistan – 10.30 pm di Astro

Ahad, 14 Januari 2024
FT : Uzbekistan (0) – (0) Syria – 1.30 am di Astro
FT : Jepun (4) – (2) Vietnam – 7.30 pm di Astro
FT : UAE (3) – (1) Hong Kong – 10.30 pm di Astro

Isnin, 15 Januari 2024
FT : Iran (4) – (1) Palestine – 1.30 am di Astro
FT : Korea Selatan (3) – (1) Bahrain – 7.30 pm di Astro
FT : Indonesia (1) – (3) Iraq – 10.30 pm di Astro

Selasa, 16 Januari 2024
FT : Malaysia (0) – (4) Jordan – 1.30 am di Astro & RTM
FT : Thailand (2) – (0) Kyrgyzstan – 10.30 pm di Astro

Rabu, 17 Januari 2024
FT : Arab Saudi (2) – (1) Oman – 1.30 am di Astro
FT : Lebanon (0) – (0) China – 7.30 pm di Astro
FT : Tajikistan (0) – (1) Qatar – 10.30 pm di Astro

Khamis, 18 Januari 2024
FT : Syria (0 – (1) Australia – 7.30 pm di Astro
FT : India (0) – (3) Uzbekistan – 10.30 pm di Astro

Jumaat, 19 Januari 2024
FT : Palestin (1) – (1) UAE – 1.30 am di Astro
FT : Iraq (2) – (1) Jepun – 7.30 pm di Astro
FT : Vietnam (0) – (1) Indonesia – 10.30 pm di Astro

Sabtu, 20 Januari 2024
FT : Hong Kong (0) – (1) Iran – 1.30 am di Astro
FT : Jordan (2) – (2) Korea Selatan – 7.30 pm di Astro
FT : Bahrain (1) – (0) Malaysia – 10.30 pm di Astro & RTM

Ahad, 21 Januari 2024
FT : Oman (0) – (0) Thailand – 10.30 pm di Astro

Isnin, 22 Januari 2024
FT : Kyrgyzstan (0) – (2) Arab Saudi – 1.30 am di Astro
FT : Tajikistan (2) – (1) Lebanon – 11.00 pm di Astro
FT : Qatar (1) – (0) China – 11.00 pm di Astro

Selasa, 23 Januari 2024
FT : Australia (1) – (1) Uzbekistan – 7.30 pm di Astro
FT : Syria (1) – (0) India – 7.30 pm di Astro
FT : Hong Kong (0) – (3) Palestin – 11.00 pm di Astro
FT : Iran (2) – (1) UAE – 11.00 pm di Astro

Rabu, 24 Januari 2024
FT : Iraq (3) – (2) Vietnam – 7.30 pm di Astro
FT : Jepun (3) – (1) Indonesia – 7.30 pm di Astro

Khamis, 25 Januari 2024
FT : Jordan (0) – (1) Bahrain – 7.30 pm di Astro
FT : Korea Selatan (3) – (3) Malaysia – 7.30 pm di Astro & RTM
FT : Arab Saudi (0) – (0) Thailand – 11.00 pm di Astro
FT : Kyrgyzstan (1) – (1) Oman – 11.00 pm di Astro

Pusingan 16

Ahad, 28 Januari 2024
FT : Australia (4) – (0) Indonesia – 7.30 pm di Astro

Isnin, 29 Januari 2024
AET : Tajikistan (1) – (1) UAE [Pen: 5-3] – 12.00 am di Astro
FT : Iraq (2) – (3) Jordan – 7.30 pm di Astro

Selasa, 30 Januari 2024
FT : Qatar (2) – (1) Palestin – 12.00 am di Astro
FT : Uzbekistan (2) – (1) Thailand – 7.30 pm di Astro

Rabu, 31 Januari 2024
AET : Arab Saudi (1) – (1) Korea Selatan [Pen: 2-4] – 12.00 am di Astro
FT : Bahrain (1) – (3) Jepun – 7.30 pm di Astro

Khamis, 1 Februari 2024
AET : Iran (1) – (1) Syria [Pen: 5-3] – 12.00 am di Astro

Suku Akhir

Jumaat, 2 Februari 2024
FT : Tajikistan (0) – (1) Jordan – 7.30 pm di Astro
AET : Australia (1) – (2) Korea Selatan – 11.30 pm di Astro

Sabtu, 3 Februari 2024
FT : Iran (2) – (1) Jepun – 7.30 pm di Astro
AET : Qatar (1) – (1) Uzbekistan [Pen: 3-2] – 11.30 pm di Astro

Separuh Akhir

Selasa, 6 Februari 2024
FT : Jordan (2) – (0) Korea Selatan – 11.00 pm di Astro

Rabu, 7 Februari 2024
FT : Iran (2) – (3) Qatar – 11.00 pm di Astro

Akhir/Final

Sabtu, 10 Februari 2024
FT : Jordan (1) – (3) Qatar – 11.00 pm di Astro & RTM

Leave a Comment