Jadual Perlawanan 2024 Pra Musim JDT Di Sepanyol

Semua pasukan kini sedang giat membuat persediaan bagi menghadapi musim terbaru Liga Super 24/25 dan tidak ketinggalan apabila perlawanan pra musim JDT juga kini bakal bermula April ini.

Juara sedekad Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada tahun ini terbang ke Sepanyol bagi menghadapi 7 perlawanan persahabatan untuk mempersiapkan pasukan dalam kondisi yang terbaik untuk musim terbaru akan datang.

Daripada pasukan yang terlibat dua pasukan daripada divisyen 3 iaitu Real Murcia FC dan CD Alcoyana. Masing-masing satu pasukan daripada divisyen 4 dan 5 iaitu CF La Nucia dan UD Castellonense. Satu daripada liga komuniti atau divisyen 6 iaitu CF Benidorm dan satu pasukan daripada liga akademi iaitu Club Costa City.

Bukan itu sahaja, anak-anak buah Hector Bidoglio juga bakal menguji kekuatan dengan satu pasukan daripada La Liga 2 iaitu CF Eldense.

Dalam tempoh lebih 2 minggu berada di bumi Sepanyol ini, pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan JDT terutamanya bagi memperkuatkan pasukan sebelum saingan liga bermula kelak.

Cabaran besar turut dirasai kali ini, apabila mereka pastinya akan terus mengekalkan kejuaraan selepas diperoleh selama 10 tahun berturut-turut sebelum ini. Ditambah pula dengan format baharu saingan AFC Champions League.

Siaran Langsung Perlawanan Pra Musim JDT Tahun 2024 Di Spain

Seperti kebiasaan untuk perlawanan pre season, tiada tayangan siaran langsung perlawanan yang dibawakan ke kaca tv terutamanya bagi peminat dan penyokong pasukan JDT.

Perlawanan kali ini juga adalah secara tertutup, tanpa kehadiran penonton bagi kedua-dua pasukan yang bermain. Jadi untuk live streaming, sekiranya ada, ianya adalah datang daripada pihak ketiga.

Jadual Perlawanan JDT Dan Keputusan

*Jadual perlawanan pra musim JDT adalah mengikut waktu Malaysia

17 April 2024 (Rabu)

FT : Real Murcia CF (3) – (0) JDT

  • Jalil Elías 3’
  • Arif Aiman 14’
  • Francisco Geraldes 72’

Masa : 6.00 pm
Venue : Estadio Nueva Condomina

18 April 2024 (Khamis)

FT : CF La Nucia (1) – (3) JDT

  • Cristian Martinez 8′
  • Oscar Arribas 26′, 73′
  • Nicolao Dumitru 37′

Masa : 6.00 pm
Venue : Estadio Olimpico Camilo Cano

23 April 2024 (Selasa)

JDT vs UD Castellonense

Masa : 2.00 am
Venue : Estadio Olimpico Camilo Cano

24 April 2024 (Rabu)

CD Alcoyano vs JDT

Masa : 6.00 pm
Venue : Campo Municipal El Collao

25 April 2024 (Khamis)

CD Eldense vs JDT

Masa : 5.30 pm
Venue : Estadio Nuevo Pepico Amat

29 April 2024 (Isnin)

FT : JDT (7) – (0) Club Costa City

Masa : 5.00 pm
Venue : Melia Villaitana Football Center

30 April 2024 (Selasa)

CF Benidorm vs JDT

Masa : 12.00 am
Venue : Estadio Guillermo Amor

Leave a Comment