Jadual & Keputusan Separuh Akhir Piala Asia 2023

Sebanyak empat pasukan terbaik Asia akan meneruskan cabaran di pusingan separuh akhir Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Februari 2024.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Korea Selatan, Jordan, Iran dan tuan rumah, Qatar. Masing-masing berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing dalam saingan suku akhir sebelum ini.

Format pertandingan masih sama dimana pasukan yang berjaya menjaringkan gol lebih daripada pasukan lawan, akan mara ke final. Tiada perlawanan timbal balik.

Sekiranya tiada pasukan yang menang, perlawanan akan diteruskan dengan masa tambahan selama 30 minit. Jika masih tiada, akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Penonton di Malaysia boleh saksikan perlawanan semi final Asian Cup 2023 ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, orang ramai juga boleh tonton secara live streaming sama ada menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Harga langganan bermula dengan RM12.90 untuk tempoh 24-jam.

Jadual & Keputusan Terkini

Beriku merupakan jadual perlawanan melibatkan empat pasukan dalam saingan Separuh Akhir Piala Asia 2023 dan keputusan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Selasa, 6 Februari 2024
FT : Jordan (2) – (0) Korea Selatan – 11.00 pm di Arena Bola

Rabu, 7 Februari 2024
FT : Iran (2) – (3) Qatar – 11.00 pm di Arena Bola

Jadual & Keputusan Separuh Akhir Piala Asia 2023

Pemenang untuk pusingan separuh akhir akan mara ke pusingan akhir dimana ianya dijadualkan berlangsung pada 10 Februari 2024.

Leave a Comment