Jadual & Keputusan Kejohanan Badminton Asia Team Championships 2024 (BATC)

Shah Alam, Selangor menjadi tuan rumah sekali lagi bagi acara dwi-tahunan Badminton Asia Team Championships 2024 (BATC) yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari 2024. Boleh tengok secara langsung dan live.

Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia pastinya akan cuba mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki dalam kempen kali ini bila mana menjadi tuan rumah.

Manakala bagi kategori wanita, Indonesia juga pastinya tidak mahukan kejuaraan yang diperoleh pada edisi 2022 yang lalu jatuh ke tangan pasukan lain.

Selain daripada mengejar takhta kejuaraan, kejohanan ini juga menjadi medan perebutan bagi mendapatkan slot Asia bagi kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang berlangsung di China pada April depan.

Selain daripada Malaysia yang mempunyai pasangan regu lelaki juara dunia 2022 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam skuad mereka, India dan Jepun juga antara pasukan yang bakal memberi cabaran dalam kategori lelaki.

Dalam skuad India, mereka masih mengekalkan barisan yang terbaik iaitu menerusi HS Prannoy dan Laksya Sen beserta juara Sukan Asia regu lelaki mereka iaitu Satwiksairaj Rankireddy bersama Chirag Shetty.

Untuk skuad Jepun, mereka menghantar tidak pemain perseorangan utama lelaki iaitu Kento Momota, Nishimoto Kenta dan Kodai Naraoka yang juga antara pemain perseorangan lelaki yang berada dalam rangkin tertinggi.

Indonesia kali ini akan bersaing tanpa dua tonggak utama perseoranga lelaki mereka iaitu Jonathan Christie dan Anthony Ginting, sebaliknya membariskan Chico Aura Dwi Wardoyo dan Alwi Farhan.

Kumpulan Badminton Asia Team Championships 2024

Terdapat 4 kumpulan bagi setiap kategori iaitu lelaki dan wanita berpasukan dalam kejohanan Badminton Asia Team Championships 2024.

Untuk kategori lelaki, Malaysia telah diundi bersama Chinese Taipei, Kazakhstan dan Brunei dalam kumpulan B. Manakala kategori wanita, berada dalam kumpulan Y bersama Thailand dan United Arab Emirates (UAE).

Kategori Lelaki

Group A Group B Group C Group D
China Malaysia Jepun Indonesia
India Chinese Taipei Thailand Korea Selatan
Hong Kong Kazakhstan Singapura UAE
  Brunei Myanmar Arab Saudi

Kategori Wanita

Group W Group X Group Y Group Z
China Indonesia Thailand Jepun
India Hong Kong Malaysia Chinese Taipei
  Kazakhstan UAE Singapura

Senarai Pemain Malaysia Dalam BATC 2024

Secara keseluruha, seramai 20 pemain yang mewakili Malaysia dalam kejohanan ini iaitu 10 pemain dalam kategori lelaki dan 10 pemain dalam kategori wanita.

Siaran Langsung – Live Streaming

Untuk peminat sukan badminton, kejohanan ini berlangsung di Setia City Convention Centre Shah Alam, jadi bagi anda yang berminat untuk menonton secara live, boleh beli tiket menerusi laman web https://selbatc2024.com/.

Bagi yang tidak berkesempatan, boleh saksikan secara langsung di kaca tv yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena 801 & 802 berserta Astro Supersport 814 atau secara online di platform Sooka.

Selain itu, anda boleh juga live streaming laman youtube rasmi Badminton Asia Team Championships iaitu di @BATC-ASIA.

Badminton Asia Team Championships 2024 – Jadual Penuh

Semua tarikh dan masa adalah mengikut waktu Malaysia

1)  Jadual Bagi Acara Kategori Lelaki

Selasa, 13 Februari 2024

China (5) – (0) Hong Kong – 1.00 pm

Indonesia (5) – (0) Arab Saudi – 1.00 pm

Jepun (5) – (0) Myanmar – 1.00 pm

Thailand (2) – (3) Singapura – 5.00 pm

Chinese Taipei (5) – (0) Kazakhstan – 5.00 pm

Korea (5) – (0) UAE – 5.00 pm

Malaysia (5) – (0) Brunei – 5.00 pm

Rabu, 14 Februari 2024

India (4) – (1) Hong Kong – 1.00 pm

Jepun (5) – (0) Singapura – 1.00 pm

Korea (5) – (0) Arab Saudi – 1.00 pm

Thailand (4) – (1) Myanmar – 1.00 pm

Chinese Taipei (5) – (0) Brunei – 5.00 pm

Indonesia (5) – (0) UAE – 5.00 pm

Malaysia (5) – (0) Kazakhstan – 5.00 pm

Khamis, 15 Februari 2024

China (3) – (2) India – 1.00 pm

Indonesia (2) – (3) Korea – 1.00 pm

Kazakhstan (4) – (1) Brunei – 1.00 pm

UAE (5) – (0) Arab Saudi – 1.00 pm

Jepun (4) – (1) Thailand – 5.00 pm

Singapura (5) – (0) Myanmar – 5.00 pm

Malaysia (3) – (2) Chines Taipei – 5.00 pm

Jumaat, 16 Februari 2024

Singapura (1) – (3) Malaysia – 4.00 pm

China (3) – (2) Indonesia – 4.00 pm

Korea (3) – (2) Chinese Taipei – 4.00 pm

India (2) – (3) Jepun – 4.00 pm

Sabtu, 17 Februari 2024

Malaysia (3) – (1) Jepun – 4.00 pm

China (3) – (2) Korea – 4.00 pm

Ahad, 18 Februari 2024

China (3) – (0) Malaysia – 4.00 pm

Juara – China
Naib Juara – Malaysia

2)  Jadual Bagi Acara Kategori Wanita

Selasa, 13 Februari 2024

Thailand (5) – (0) UAE – 9.00 am

Jepun (5) – (0) Singapura – 9.00 am

Indonesia (5) – (0) Kazakhstan – 9.00 am

Rabu, 14 Februari 2024

China (2) – (3) India – 9.00 am

Chinese Taipei (5) – (0) Singapura – 9.00 am

Hong Kong (5) – (0) Kazakhstan – 9.00 am

Malaysia (5) – (0) UAE – 9.00 am

Khamis, 15 Februari 2024

Indonesia (5) – (0) Hong Kong – 9.00 am

Jepun (5) – (0) Chinese Taipei – 9.00 am

Thailand (4) – (1) Malaysia – 9.00 am

Jumaat, 16 Februari 2024

Jepun (3) – (2) China – 10.00 am

Malaysia (0) – (3) Indonesia – 10.00 am

India (3) – (2) Hong Kong – 10.00 am

Chinese Taipei (1) – (3) Thailand – 10.00 am

Sabtu, 17 Februari 2024

Indonesia (1) – (3) Thailand – 10.00 am

Jepun (2) – (3) India – 10.00 am

Ahad, 18 Februari 2024

India (3) – (2) Thailand – 10.00 am

Juara – India
Naib Juara – Thailand

Leave a Comment