Siaran Langsung Jadual Badminton BWF German Open 2024

Selepas mengharungi BATC 2024 untuk negara-negara Asia, mereka kini kembali menerusi kejohanan German Open 2024 dimana akan berlangsung bermula 27 Februari hingga 3 Mac 2024 bertempat di Westenergie Sporthalle di Mulheim, Germany.

Yonex German Open 2024 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 300 dengan menawarkan mata rangking dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD210,000 (~RM1 juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam German Open 2024

Berikut merupakan senarai pemain badminton Malaysia yang layak dan bertanding dalam kejohanan ini untuk pemain dibawah naungan BAM serta pemain-pemain profesional negara untuk setiap kategori.

Perseorangan Lelaki – Cheam June Wei

Perseorangan Wanita – tiada wakil

Beregu Lelaki – Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi

Beregu Wanita – Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

Beregu Campuran – Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton German Open 2024

Kejohanan ini akan bermula dengan pusingan kelayakan dan bagi yang berjaya akan meneruskan cabaran ke pusingan awal iaitu pusingan 32 sehinggalah ke pusingan akhir dengan format kalah mati.

Anda boleh saksikan perlawanan badminton untuk kejohanan ini menerusi saluran Astro Supersport 814 atau secara online di Astro Go. Walaubagaimanapun, tayangan siaran langsung hanya akan bermula pada hari kelima iaitu di pusingan separuh akhir.

Selain itu, kejohanan ini juga akan dibawakan secara live streaming di laman youtube rasmi BWF di www.youtube.com/c/bwftv yang boleh disaksikan secara percuma. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan German Open 2024 berlangsung

*Jadual adalah mengikut waktu malaysia dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

27 Februari 2024 (Selasa) – Kelayakan [Q] & Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang

[Pusingan 32]

[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (FRA) Eloi Adam/Leo Rossi – [21-13, 21-14]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (AUT) S Au Yeong/K Hochmeir – [21-9, 21-13]

————————————————

28 Februari 2024 (Rabu) – Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (FRA) Lucas Claerbout – [19-21, 14-21]

[XD] A Surya/A Pramuthesh (IND) vs (MAS) Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie – [12-21, 11-21]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (ENG) G Mairs/J Mairs – [24-20, 20-22, 21-19]

————————————————

29 Februari 2024 (Khamis) – Pusingan  16

~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang

[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (DEN) D Lundgaard/M Vestergaard – [21-14, 19-21, 21-10]

[XD] H Y K Terry/T W H Jessica (SGP) vs (MAS) Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie – [21-8, 15-21, 8-21]

[XD] R Rivaldy [8]/P H Mentari (INA) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing – [17-21, 19-21]

[WD] G Stoeva [5]/S Stoeva (BUL) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien – [21-16, 21-14]

————————————————

1 Mac 2024 (Jumaat) – Suku Akhir

~ Perlawanan pembukaan adalah pada jam 10.00 malam waktu Malaysia

[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao [5]/Yang Po Han – 11.45 pm

[XD] Rehan N Kusharjanto [7]/Lisa A Kusumawati (INA) vs (MAS) Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie – 2.15 am

[XD] Tang Chun Man [3]/Tse Ying Suet (HKG) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing – 3.00 am

————————————————

2 Mac 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir

(akan dikemaskini)

3 Mac 2024 (Ahad) – Final

(akan dikemaskini)

Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com

Leave a Comment