Jadual Perlawanan Badminton BWF French Open 2024 (Siaran Langsung-Live)

Pada minggu lalu telah berlangsung German Open dan kini masih di bumi Eropah dengan menerusi kejohanan French Open 2024 dimana ianya akan berlangsung dari 5 hingga 10 Mac 2024 bertempat di Adidas Arena, Paris Perancis.

Yonex French Open 2024 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 750 dimana menawarkan mata ranking yang tinggi dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 850,000 (~RM4 juta).

Kejohanan : Yonex French Open 2024
Level : Super 750
Tarikh : 5 – 10 Mac 2024
Venue : Adidas Arena, Paris Perancis
Hadiah : USD 850,000 (~RM4 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam French Open 2024

Berikut merupakan senarai pemain badminton Malaysia yang layak dan bertanding dalam kejohanan ini sama ada pemain dibawah naungan BAM atau pemain-pemain profesional negara.

Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei

Beregu Lelaki – Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia/Soh Wooi Yik,

Beregu Wanita – Pearly Tan/Thinaah M., Vivian Hoo/Lim Chiew Sien 

Beregu Campuran – Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei.

Siaran Langsung French Open 2024 – Live Streaming

Untuk kejohanan French Open 2024, sama seperti kejohanan lain yang mempunyai level yang tinggi dimana ianya bermula daripada pusingan 32 terbaik dan diikuti pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final.

Jadi untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan kejohanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Supersport 814 atau menggunakan Astro Go dan juga tersedia di platform Sooka.

Manakala untuk anda yang ingin tonton secara live streaming, boleh pergi ke laman youtube rasmi BWF di https://www.youtube.com/c/bwftv. Mungkin perlukan sambungan VPN atau mungkin tidak khususnya yang berada di Malaysia.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pemain-pemain negara sahaja dengan mengikut waktu Malaysia. Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa iaitu selepas habis satu-satu perlawanan.

5 Mac 2024 (Selasa) – Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan jam 5.00 petang waktu Malaysia

[MD] S Rankireddy [1]/C Shetty (IND) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi – [21-13, 24-22]

[MD] Kevin Lee/T A Lindeman (CAN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee – [16-21, 8-21]

[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (TPE) Fang Chih Lee/Fang Jen Lee – [19-21, 17-21]

[WS] Wang Zhi Yi (CHN) vs (MAS) Goh Jin Wei – [21-10, 21-14]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (GER) M Lamfuss/M Seidel – [12-12]*RET

[XD] Thom Gicquel/Delphine Delrue (FRA) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie – [21-19, 21-16]

———————————————-

6 Mac 2024 (Rabu) – Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan jam 5.00 petang waktu Malaysia

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei – [15-21, 18-21]

[WD] S Mapasa/A Yu (AUS) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien – [21-15, 21-15]

[MS] Magnus Johannesen (DEN) vs (MAS) Lee Zii Jia – [21-15, 21-19]

[WD] Pearly Tan/Thinaah M (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [5]/Zheng Yu – [21-18, 18-21, 12-21]

———————————————-

7 Mac 2024 (Khamis) – Pusingan 16

~ Perlawanan pembukaan jam 5.00 petang waktu Malaysia

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (CHN) Feng Yan Zhe [4]/Huang Dong Ping – [18-21, 14-21]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (TPE) Fang Chih Lee/Fang Jen Lee – [21-16, 21-18]

[MD] S Rankireddy [1]/C Shetty (IND) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee – [21-13, 21-12]

———————————————-

8 Mac 2024 (Jumaat) – Suku Akhir

~ Perlawanan pembukaan jam 3.00 petang waktu Malaysia

[MD] Kang Min Hyuk [3]/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik – [21-19, 21-16]

———————————————-

9 Mac 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir

~ Tiada lagi wakil Malaysia

10 Mac 2024 (Ahad) – Final

~ Perlawanan pembukaan jam 6.00 petang waktu Malaysia

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (JPN) Akane Yamaguchi [4] – [18-21, 21-13, 21-10]

[XD] Seo Seung Jae [3]/Chae Yu Jung (KOR) vs (CHN) Feng Yan Zhe [4]/Huang Dong Ping – [16-21, 16-21]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (JPN) Nami Matsuyama [6]/Chiharu Shida – [21-12, 19-21, 24-22]

[MS] Kunlavut Vitidsarn [8] (THA) vs (CHN) Shi Yu Qi [2] – [20-22, 19-21]

[MD] S Rankireddy [1]/C Shetty (IND) vs (TPE) Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan – [21-11, 21-17]

sumber : notaria.my

Leave a Comment