Jadual & Keputusan Badminton All England 2024 (Live)

Selesai di French Open, kini pemain-pemain badminton handalan dunia akan beraksi dalam kejohanan All England Open 2024 iaitu bermula 12 hingga 17 Mac 2024 bertempat di Utiliti Arena Birmingham, England.

Yonex All England Open Badminton Championships 2024 antara kejohanan yang menjadi tumpuan ramai setiap tahun. Merupakan acara Super 1000 yang pastinya menawarkan mata ranking yang tinggi dan hadiah yang lumayan.

Pemain-pemain yang beraksi pastinya mengidamkan kejuaraan All England ini termasuk pemain yang mewakili Malaysia. Takhta kejuaraan menjadi impian setiap kali beraksi dalam siri BWF World Tour.

Kejohanan : Yonex All England Open Badminton Championships 2024
Level : Super 1000
Tarikh : 12 – 17 Mac 2024
Venue : Utiliti Arena Birmingham
Hadiah : USD 1,300,000 (~RM1 juta)

all england 2024

Senarai Pemain Malaysia Dalam All England 2024

Berikut merupakan senarai pemain badminton negara yang layak dan bertandingkan dalam kejohanan ini sama ada dibawah naungan BAM atau pemain profesional negara.

Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei

Beregu Lelaki – Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi/Ong Yew Sin, Man Wei Chong/Tee Kai Wun, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin

Beregu Wanita – Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Lim Chiew Sien/Vivian Hoo

Beregu Campuran – Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat/Shevon Lai Jemie, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Siaran Langsung All England 2024 – Live Streaming

Untuk kejohanan All England Open 2024, ianya sama seperti kejohanan level tinggi yang lain dimana bermula daripada pusingan 32 dan diikuti pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final.

Untuk penonton di Malaysia, kejohanan ini anda boleh saksikan secara langsung yang akan ditayangkan di tv menerusi saluran Astro dan RTM. Tetapi hanya melibatkan perlawanan terpilih sahaja.

Untuk di saluran Astro, anda boleh saksikan di saluran Astro Arena 801 (Court 1) dan Astro Supersport 814 (Court 2) atau boleh juga saksikan secara online di Astro Go dan aplikasi Sooka.

Manakala untuk RTM, anda boleh saksikan di saluran TV Okey (Court 1) atau secara live streaming di rtmklik.gov.my atau aplikasi RTM Klik secara percuma sepanjang kejohanan.

Alternatif lain, anda boleh juga live streaming menerusi laman youtube rasmi BWF di BWFTV https://www.youtube.com/c/bwftv. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja sepanjang kejohanan. Waktu perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

12 Mac 2024 (Selasa) – Pusingan 32

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jin (MAS) vs (FRA) T Gicquel/D Delrue – [12-21, 21-19, 21-14]

[MD] Liu Yu Chen [8]/Ou Xuan Yi (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi – [15-21, 23-21, 21-14]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin – [21-19, 21-17]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M – [10-21, 10-21]

[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Chang Ko Chi/Lee Chih Chen – [21-17, 26-24]

13 Mac 2024 (Rabu) – Pusingan 32

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka [6] – [21-12, 21-19]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (THA) D Puavaranukroh/S Taerattanachai [6] – [21-14, 12-21, 21-15]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (CHN) He Bing Jiao [6] – [15-21, 20-22]

[MD] Akira Koga/Taichi Saito (JPN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee – [23-21, 21-18]

14 Mac 2024 (Khamis) – Pusingan 16

[XD] T C Man [8]/T Y Suet (HKG) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing – [21-17, 21-11]

[MS] Loh Kean Yew (SGP) vs (MAS) Lee Zii Jia – [15-21, 12-21]

[XD] Robin Tabeling/Selena Piek (NED) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei – [17-21, 21-19, 21-16]

[XD] Feng Yan Zhe [4]/Huang Dong Ping (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie – [21-12, 21-5]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M – [20-22, 16-21]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (TPE) Chang Ko Chi/Po Li Wei – [21-18, 24-22]

15 Mac 2024 (Jumaat) – Suku Akhir

[WD] Pearly Tan/Thinaah M (MAS) vs (JPN) Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto – [21-11, 18-21, 18-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Lakshya Sen – [22-20, 16-21, 19-21]

[MD] M Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik – [14-21, 11-21]

16 Mac 2024 (Sabtu) – Separuh Akhir

[MS] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (TPE) Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan – [21-16, 21-15]

17 Mac 2024 (Ahad) – Final

[WD] Nami Matsuyama [6]/Chiharu Shida (JPN) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee – [19-21, 21-11, 17-21]

[WS] Akane Yamaguchi [4] (JPN)* vs (ESP) Carolina Marin [5] – [24-26, 1-11]*RET

[MS] Anthony Sinisuka Ginting [5] (INA) vs (INA) Jonatan Chritsie – [15-21, 14-21]

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (JPN) Yuta Watanabe [2]/Arisa Higashino – [21-16, 21-11]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (INA) Fajar Alfian [7]/M Rian Ardianto – [16-21, 16-21]

*waktu perlawanan mungkin akan berbeza daripada waktu sebenar atau fakto tempoh perlawanan yang berlangsung sebelumnya.

Leave a Comment